Breaking News

Performance On Google Search For June


Assalamualaikum

Rasanya dah lama Cik Nor tak tulis entry pasala perfomance blog Cik Nor. Bukan tak ada tapi terlupa nak updates kat sini. Oleh kerana tengah ingat nak kongsi dengan  korang semua maka pagi ini leaju printscreen dan terus tulis entry ni. Untung-untung boleh publish pagi ni. ehehe. Nampak tak orang tengah tak ada idea untuk menulis.haha

Rasanya untuk bulan Jun ni prestasi blog Cik Nor agak menurun sikit dari sediakala. Mungkin semua orang dah mula sibuk membuat persiapan untuk masuk kerja semula. Ada juga yang sibuk buat persediaan untuk anak-anak masuk sekolah semula. Ye lah dah cuti 3 bulan, semuanya jadi kelam kabut macam nak masuk kerja baru atau musim persekolah baru nak bermula.


Mungkin inilah penyebab mereka tidak sempat untuk membuat carian di google. Kalau buat carian pun mungkin hanya yang penting-penting sahaja. Kalau sebelum ni mereka sempat mencari resepi masakan. Untuk bulan Jun ni hanya ada 2 carian untuk resepi masakan di blog Cik Nor sebebihnya cari untuk drama melayu. hehe

Nasib baiklah TV3 menyiarkan semula Telefilem Mak Tak Bagi Balik, naik la sikit perfomance blog Cik Nor.hehe. Kalau tak memang down la blog kalau tak ada benda-benda yang viral.  Bulan ni Cik Nor selalu up entry pasal drama-drama terkini yang tengah hot kat tv. Kita tengok performance untuk bulan Julai nanti macam mana? Adakah sama atau sebaliknya? Kita tunggu entry Julai nanti yer.heehe.

Blog korang mesti perforamancenya lagi tinggi dari Cik Nor kan? Jom la kongsi.

4 comments: