Breaking News

Drama 7 Hari Mencintaimu 2 (2020) - Episod 9


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaimu 2 (2020) - Episod 9


Puan Hayati bersetuju untuk tinggal di rumah Mia Adriana tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu rancangan jahatnya gagal. Dia sanggup menuduh Pak Samad cuba buat sesuatu yang tidak baik kepadanya. Mia percaya bulat-bulat cerita mamanya sehinggakan dia sanggup menghina Pak Samad. Mak Leha dan Nadia tidak percaya, mereka tahu itu semua angkara Puan Hayati. Berlaku perbalahan di antara Mia Adriana dan Helmi di mana Mia Adriana mempertahankan mamanya, Helmi pula pertahankan keluarganya. Walau apapun tanggapan Mia Adriana terhadap Pak Samad, Khuzairi tetap anggap abahnya yang terbaik. Puan Hayati gembira kerana menyangka misinya untuk memisahkan Mia Adriana dan Khuzairi hampir berjaya apabila Mia bersetuju untuk mengikutnya pulang ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Khuzairi berjaya memujuk isterinya. Dia tidak boleh berpisah dengan Mia Adriana kerana Mia Adriana adalah separuh dari nyawanya dan separuh nyawanya lagi adalah anak-anaknya.

Pelakon: Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Ilyes, Bil Azali, Liza abdullah, Jasmin Hamid & Kazar Saisi

2 comments: