Breaking News

Performance On Google Search



Assalamualaikum..

Tajuk entry kali kemain lagi omputih giteww.haha. Ingat isi kandungan pun omputih jugak tapi non hadoo ko. Tajuk tu hakak copy dari email jer yer. Korang kena faham hakak korang ni bukan pandai pun bahasa omputih. Setakat yes, no, ok boleh la.haha

Apa performance on google search ni? Cik Nor pun tak faham sangat pasal ni. Cik Nor ada post jugak benda kat facebook dan ada yang komen. Katanya apa yang dipaparkan di performance ni adalah lebih tepat berbanding apa yang ditunjukan di google analytic. Kalau ikut google analytic, carian blog Cik Nor di google sangat rendah berbanding dengan yang ni. Nak tunjuk kat orang pun terasa malu weh. Tapi bila ada performance ni terasa bangga sikit la. Biar orang lain lebih hebat dari Cik Nor pun.

Baca juga : Akhirnya 1 Juta

Sebenarnya panjang lagi huraian performance ni tapi Cik Nor yang malas screeenshort. Kalau ikutkan ramai orang google resepi kat blog Cik Nor. Pelik jugak tu sebab niche blog Cik Nor bukan food. Niche blog Cik Nor ialah lifestyle dan beauty jer. Tapi untuk kedua-dua niche ni tak ada pulak orang google. 

Musim-musim kena PKP ni makin galak la masing-masing mencari resepi. Bagus tau rakyat Malaysia ni suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Memang patut dipuji kena duduk dirumah dan mematuhi arahan kerajaan. Selain dari korang dapat menjimatkan duit belanja dari berbelanja di luar baik masak. Lagipun kalau masak kebersihatan makanan yang kita masak sendiri lebih terjamin.


Eh dah kelain Cik Nor melalut ni. Korang yang mana ada perfomance on google search ni jom la kongsi. Mesti korang lebih hebat dari Cik Nor kan?Cik Nor ni blogger suam-suam kuku jer. haha

8 comments:

  1. nanti dah nak dekat puasa lagi ramai cari resepi...memang naik la trafik blog yang ada share resepi..

    ReplyDelete
  2. Musim pkp ni trafik blog mmg mudah naik

    ReplyDelete
  3. PKP ni org search resepi je cari idea nak masak apa

    ReplyDelete
  4. Sejak PKP ni ramai sgt yg cri resepi so rabia dah share dalam blog rabia resepi masakan

    ReplyDelete
  5. Mrs. A lettew suka search resepi tapi buatnya tidak huhuhuu...

    ReplyDelete
  6. Oh, dah keluar ye performance bulan lepas. Tak perasan pulak dalam email..

    ReplyDelete
  7. Macam mama nak dapat performance on google search ni? Kena daftar ke? Boleh terangkan caranya? Tq.

    ReplyDelete