Drama 7 Hari Mencintaimu 2 (2020) - Episod 6
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaimu 2 - Episod 6
Mia dan Khuzairi segera ke klinik selepas mendapat panggilan daripada Zaidi tentang Alisa. Mia marah apabila Alisa dibiarkan bermain dengan Kenit sehingga cedera akibat terkena serpihan kaca pada kaki. Puan Hayati seronok melihat kemarahan Mia pada Mak Leha. Dia terus mengapi-apikan Mia, menuduh Mak Leha terleka melayan Nurul sehingga tidak pedulikan Alisa. Mak Leha pula dapat rasa ada yang tidak kena pada Nadia apabila melihat kemesraan Nadia bersama Puan Hayati. Dia juga pelik kerana Puan Hayati selalu datang ke rumahnya bersama-sama Nadia setiap kali Nadia pulang dari universiti. Dia mula syak sesuatu. Puan Hayati terkejut selepas mendapat tahu Nurul Ain adalah anak angkat arwah Roziah, terus bertanyakan tentang wasiat yang ditinggalkan oleh arwah. Dalam pada itu, Mak Andak dibawa ke hospital selepas ditolak oleh Mia.
Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah
No comments