Breaking News

Drama 7 Hari Mencintaimu 2 (2020) - Episod 5


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaimu 2 (2020) - Episod 5

Mia tiba-tiba berubah fikiran tidak membenarkan suaminya berhentikan Syakila bekerja dengan alasan Syakila sudah berubah dan patut diberi peluang. Khuzairi bertambah pelik tetapi dia ikutkan sahaja demi isterinya. Mak Leha pula makin panas hati dengan sikap Mia Adriana yang semakin menguji kesabarannya. Dia bertambah marah apabila Pak Samad asyik menyebelahi Mia Adriana. Sofi menegur sikap Mia Adriana selepas dia mengetahui cerita daripada Mak Leha tentang Nurul. Sebaliknya dia dimarahi dan dituduh membela Mak Leha. Mia tidak berpuas hati kerana Mak Leha lebih sayangkan Sofi daripada dirinya. Dalam pada itu Sofi menolak untuk mengenali Sharif, anak Tan Sri Ayub iaitu kawan baik papanya kerana dia dia tahu itu semua rancangan papanya, sanggup menjual anak hanya disebabkan wang.

Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah




1 comment: