Khasiat Minyak Zaitun
Assalamualaikum..
Pakar penyelidik tempatan dan antarabangsa mengesahkan minyak zaitun mengandungi pelbagai khasiat, pengambilan dalam menu harian membantu mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, selain mengurangkan risiko kanser.
Dihasilkan daripada pati buah zaitun, selain digunakan dalam masakan, minyak ini juga dijadikan ramuan utama menghasilkan produk berasaskan kecantikan dan dandanan diri.
Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan seperti membantu mencegah penyakit jantung, strok, diabetes, mengawal kesan radang dan mengawal kadar kolesterol dalam darah.
Pengambilan minyak zaitun dapat membantu mengawal glukos dalam darah kepada pesakit diabetes. Amalan mengambil minyak ini juga dapat mengurangkan risiko barah, mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda
Baca juga : 6 Khasiat Tomato Untuk Kesihatan
Minyak zaitun digunakan sejak beribu tahun terutamanya di kawasan Mediterranean dan Asia Barat sebagai bahan asas masakan sesuai digunakan untuk semua peringkat usia dan jantina.
Minyak zaitun paling berkhasiat dan gred yang menjalani proses perahan pertama atau Extra Virgin Olive Oil (EVOO). Perahan pertama ini bersifat anti oksidan kaya polifenol, vitamin, asid lemak dan rasa terbaik, malah kadar asidnya kurang 0.8 peratus.
banyak khasiat ni...singgah sini jalan2..jemput singgah :)
ReplyDeletemmg dok amalkan makan minyak zaitun 1 sudu setiap pagi..
ReplyDeleterasa memang teruk tp fikirkan khasiat tu telan jela.. tutup idong..