Breaking News

Sinopsis Drama Syurga Untukmu




SINOPSIS SYURGA UNTUKMU

Berkisarkan kemelut kehidupan Atiqah (Diana Danielle), seorang gadis dari Kampung Indah yang berpendirian tegas. Atiqah berkelulusan tinggi namun memilih untuk hanya bekerja di kampung kerana ingin menjaga keluarganya terutamanya setelah ibunya tidak mampu berjalan dengan sempurna.

Kehidupan Atiqah mula berubah apabila Adi (Fahrin Ahmad) muncul di kampungnya dan ingin membeli tanah pusakanya untuk dibangunkan. Keengganan Atiqah melepaskan tanah pusakanya, memaksa Adi untuk menggunakan kaedah yang lebih lembut dan halus.

Namun, kaedah lembut Adi iaitu untuk berkawan dengan Atiqah telah menjadi buah mulut orang kampung sehingga membuatkan Jamaliah berang. Demi menyelamatkan Atiqah, Adi menikahi Atiqah yang ketika itu masing-masing sudah pun menyimpan perasaan terhadap satu sama lain.

Baca juga : Sinopsis Bulan Di Kota Langit

Selesai pernikahan mereka, Adi tiba-tiba menghilangkan diri dan membiarkan Atiqah melahirkan anak sulungnya, Aiman tanpa mengenal siapa ayahnya.

Jika benar Adi menyayangi Atiqah, mengapa Adi menghilangkan diri? Bagaimanakah kehidupan Atiqah setelah pernikahannya? Apakah status perkahwinan Adi dan Atiqah selepas itu?

PELAKON : Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Sefik, Fiza Thomas, Azza Elite, Rahhim Omar, Ummar Dzariff

3 comments:

  1. selalu terlepas citer nih..almaklumla..kite keje smpai mlm ^_^

    ReplyDelete
  2. mcm best je drama ni. nak tgok dlm youtube la...

    ReplyDelete
  3. dok tengok sikit2 kalo p rumah nenek..
    tapi x follow sngt. selalunya tngk beetul2 time nk habis nanti haha..

    ReplyDelete