FASA PEMULIHAN PASCA COVID-19 INDUSTRI PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR: PEMBERIAN BAUCAR PELANCONGAN DAN INSENTIF PEMANDU PELANCONG BERJUMLAH RM 2.6 JUTA BUKTI KERAJAAN NEGERI SELANGOR KOMITED DALAM MEMBANGUNKAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI
Pandemik Covid-19 sememangnya telah memberikan impak
kepada industri perkhidmatan dan perniagaan di seluruh dunia. Antara industri
yang paling terkesan dan terjejas teruk adalah industri pelancongan. Menurut
data yang diterima oleh pihak Tourism Selangor, sekurang-kurangnya tiga buah
hotel di Negeri Selangor telah menghentikan operasi manakala beberapa buah
hotel memilih untuk memberhentikan sementara operasi sehingga penghujung tahun
ini. Para operator hotel yang memilih untuk meneruskan operasi pasca Covid-19
ini kebanyakkannya pula beroperasi tanpa mendapat keuntungan dengan jangkaan
jumlah penginap hanya 40% dari kapasiti penuh hotel sehingga penghujung tahun
ini. Industri pelancongan adalah sebuah industri yang prominen
dengan Negeri Selangor merekodkan jumlah kedatangan pelancong seramai 7.62 juta
orang pada tahun 2019 dengan peningkatan sebanyak 5% berbanding tahun
sebelumnya.
Manakala, merujuk kepada Laporan Kaji Selidik Pelancongan
Domestik 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor
berada di tangga pertama dalam menerima kedatangan pelawat domestik pada tahun
2019 iaitu seramai 33.6 juta pelawat, diikuti oleh W.P Kuala Lumpur (22.6
juta), Sabah (22 juta), Perak (21.1 juta) dan Sarawak (19.8 juta).
“Reset Tourism”
Kerajaan Negeri Selangor melalui Badan Promosi
Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor sedang mempergiatkan usaha membangunkan
semula industri pelancongan Negeri pasca Covid-19 dengan visi “Reset Tourism”. Antara inisiatif yang
diambil bagi mencapai visi ini adalah pelaksanaan Kempen Pelancongan Domestik, ‘Pusing
Selangor Dulu’.
Kempen ini memberikan penekanan kepada pasaran
pelancongan domestik susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan
domestik bermula 10 Jun lalu oleh pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
Antara perancangan bagi memperkasa pelaksanaan Kempen
ialah penggunaan optima landasan digital dan laman sosial media untuk hebahan
promosi serba mampan, kolaborasi bersama pihak Media tempatan dan antarabangsa khususnya
melalui penganjuran Program Media FAM
Trip, kolaborasi bersama penggiat industri bagi mempromosikan pakej-pakej
pelancongan dan diskaun, pengiklanan outdoor
billboard dan unipole bagi pasaran domestik, pembangunan pakej-pakej pelancongan
baharu dengan nilai tambah yang unik, dan penganjuran acara-acara pelancongan
Negeri Selangor dengan skala dan kapasiti yang dibenarkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN).
Insentif dan Pakej Ransangan Ekonomi Pasca Covid-19
Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor
pada 13 Julai telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi 2020 dengan jumlah
keseluruhan bernilai RM 55.85 bilion. Fasa Ketiga yang diumumkan pada Isnin
melibatkan tiga komponen iaitu jaminan bekalan makanan atau food security, kemampanan ekonomi atau economic sustainability, dan pembangunan
keupayaan ataupun capacity building.
Dato’ Seri Amirudin Shari dalam hujah pembentangan beliau
dalam Sidang DUN Negeri Selangor pada 13 Julai berkata, “Impak Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Covid-19 terhadap sektor pelancongan Negeri Selangor amat
dirasai terutamanya kepada pemain industri pelancongan seperti pengusaha hotel,
inap desa (homestay), taman tema, syarikat penerbangan, syarikat perkapalan
pelancongan dan agensi pelancongan. Dalam usaha menggiatkan semula ekonomi Negeri,
kita harus memainkan peranan berganding bahu bersama-sama menyemarakkan semula
industri pelancongan domestik Negeri Selangor, sekaligus meletakkan Selangor
sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat untuk dikunjungi”.
“Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk
menyalurkan subsidi baucar pelancongan bagi kegunaan di premis perhotelan,
taman tema dan homestay berlesen di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Negeri Selangor berjumlah RM 2 juta. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju
meluluskan insentif khas one-off RM1,000 kepada pemandu pelancong, pengusaha
homestay dan Hos Komuniti yang berjumlah RM 600 ribu bagi membantu mereka yang
bergantung pendapatan dalam sektor pelancongan”, tambah Dato’ Seri Amirudin
Shari. Manakala, Encik Azrul
Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan
berkata, “Pihak Tourism Selangor menyambut baik pengumuman insentif pemandu
pelancong, Hos Komuniti dan pengusaha homestay berlesen yang diumumkan oleh Y.B
Dato’ Menteri Besar Selangor. Manakala, keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor
dalam membangunkan semula industri pelancongan Negeri melalui pemberian baucar
pelancongan sejumlah RM 2 juta, dijangka akan menarik minat pelancong domestik
untuk melancong ke Negeri ini”.
“Kempen Pelancongan
Domestik, ‘Pusing Selangor Dulu’ juga semakin mendapat perhatian dan
reaksi positif daripada orang awam khususnya pelancong domestik. Dengan
inisiatif-inisiatif serba mampan yang diusahakan pihak Tourism Selangor,
khususnya di landasan digital, adalah diharapkan agar Kempen ini memberikan
impak yang signifikan kepada pertubuhan positif industri pelancongan Negeri”,
tambah Encik Azrul Shah.
Tourism Selangor telah
menetapkan sasaran baharu untuk jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor
seramai 6 juta orang untuk tahun 2020 selaras dengan visi “Reset Tourism”. Dengan pelaksanaan Kempen Pusing Selangor Dulu
yang sedang giat dijalankan, sasaran baharu tersebut dijangka dapat
direalisasikan dengan sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh jumlah
kedatangan pelancong domestik.
Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism
Selangor yang serba baharu di Selangor.Travel
harap dalam tempoh sethn dua semuanya akan kembali pulih tp benda ni susah nk agak kalau tak ada kerjasam drpd semua pihak utk putuskan rantaian covid-19
ReplyDeletebagus untuk restore industry pelancongan ni..
ReplyDeletetapi harapnya yang pegi melancong dalam negara ni ikutla sop..
jalan2 juga.. tapi ikut peraturan..