NOTIS PEMBUKAAN SEMULA TAMAN EKO RIMBA KANCHING DAN CHONGKAK PARK & RESORT
Pengumuman pembukaan semula
sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun
2020 dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta perkembangan
terkini yang membenarkan taman tema dan taman tema air (termasuk kawasan riadah
air) kembali beroperasi pada 1 Julai 2020, adalah sebuah perkembangan yang
signifikan kepada operasi sektor pelancongan domestik.
Sukacita dimaklumkan, kawasan
pelancongan seliaan Tourism Selangor, Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak
Park & Resort kembali beroperasi dan dibuka semula kepada umum bermula 6
Julai 2020. Namun begitu, sebarang aktiviti perkhemahan adalah tidak
dibenarkan, sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak.
Waktu operasi: 8.00 pagi
sehingga 4.30 petang*
Had bilangan pengunjung: 300
orang pada satu-satu masa
*Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam
kawasan selepas waktu operasi.
Pengunjung juga perlu mematuhi
garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis
Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:
* Melalui proses imbasan suhu wajib
*Mendaftar masuk dengan aplikasi SElangkah:
Langkah Masuk dengan Selamat
*Memastikan jarak sosial 1 meter
* Digalakkan memakai topeng hidung dan
muka
*Tidak berhimpun atau berkumpul melebihi
10 orang di lokasi
*Memastikan hanya 5 orang berada di
pondok rehat dan gazebo pada satu-satu masa
* Pelaksanaan aktiviti juga perlu
mengambil kira kesesuaian pengendalian aktiviti dan pergerakan, dengan ruang
minimum sebanyak 2 meter persegi setiap individu
Diharap orang awam dapat kembali
menikmati aktiviti riadah alam semulajadi di Negeri Selangor, namun menitik-beratkan
soal keselamatan diri dan pengunjung lain dengan mematuhi secara garis panduan
dan SOP yang telah ditetapkan.
Untuk
sebarang informasi lanjut, sila hubungi talian 016 -2076957 (Fadila) atau
layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor; Selangor.Travel.
semoga bertambah maju ekonomi pelancongan negera dan semua orang amalkan SOP yang ditetapkan. Stay Safe dan Take Care everyone
ReplyDeletewah bestnya..boleh la buat trip ke sana ^_^
ReplyDeleteMesti ramai yg dah tak sabar nie.. nk bercuti, berkelah..
ReplyDelete