Nak Marah Ke Nak Gelak
Assalamualaikum..
Hari ini baru sempat nak mencoretkan sesuatu kat blog sendiri. Biasa kalau hari kerja Cik Nor letak link drama jer. Nak buat macam mana, kena bangun awal sebab pukul 6.45 pagi Cik Nor kena ada kat tempat kerja dah. Cik Nor kerja apa dan dah tetap ke? Tunggu next Cik Nor cerita yer.hehe. Untuk entry kali ni kita tulis pasal printscreen kat atas tu.
Mula-mula baca kat bahagian komen tu terasa sentap jugak la bila orang komen macam tu. Dah berkali-kali baca rasa nak tergelak la pulak. Cik Nor try lah klik nak pengomen tersebut namun ianya cuma akaun penipu. Ingatkan dia blogger macam Cik Nor or seorang yang selalu menulis tentang resepi. Rupa komen beiau cuma untuk memeriahkan kotak komen sahaja.haha
Dia komen kat entry Resepi Lempuk Durian Cik Nor. Memanglah Cik Nor tulis situ gula ikut kemanisan yang korang mahukan. Ye lah kan, durian tu dah la manis dah, kalau Cik Nor tulis setengah kilogram gula takut korang kata potong kaki jer. Lebih baik Cik Nor tulis ikut kemanisan yang korang mahukan. Contohnya 2 cawan atau lebih terpulang pada korang sebab korang yang nak makan nanti.
Cuba : Resepi Serawa Durian
Kalau Cik Nor memang suka yang manis-manis. Nak kalau Cik Nor bagitahu sukatan Cik Nor kat korang mesti korang cakap poton kaki. Time masak lempuk korang boleh cuba, mula-mula letak 1 cawan. Kalau tak manis boleh tambah lagi sehingga korang rasa puashati. Orang komen tu tak penah masak gamaknya tu yang dia komen macam tu. Setiap masakan yang kita masak pasti kita cuba untuk rasa yang kita mahukan. Betul tak korang.
Boleh tak kalau Cik Nor nak jawab kat scammer tu macam ni: suka hati aku lah resepi aku, yang ko nak ikut resepi aku tu kenapa? Pergi la cari resepi orang lain yang guna sukatan betul bukan guna resepi Cik Nor yang guna sukatan ikut suka hati.haha. Tapi malas arr layan sebab tu memang akaun penipu.
Kat blog korang ada tak orang komen macam kat atas tu?
dia jenis lurus sangat agaknya sampai sukatan bahan dia nak kena tahu seketul seketul. hahaha
ReplyDeleteMungkin dia nak tahu juga berapa banyak gula ikut kemanisan yang ciknof masukkan tu kot hehe macam ciktielah sebelum ni tak pandai nak bajet banyak mana 🙈🙈
ReplyDeleteAdoiyai..
ReplyDeleteada juga orang lurus macam ni kan..
maybe pestime nak main masak masak ni..
betul la, manis ikut pada kita kan.
lain tekak orang, lain citerasanya.
tak semua orang suka yang manehhh maneeeh..
Di dunia blogging inilah rabia pernah kena kecam. Ada sorang blogger tu dia kata rabia ni macam budak2 . nasib tak viralkan je siapakah dia tu. Nanti dia jugak malu
ReplyDeletemungkin dia stress agaknya baru mula nak belajar masak kot. macam-macam ragam pengomen ni kadang-kadang. sabar je lah
ReplyDeleteada je CikNor komen2 yang menyakitkan hati.. kadang2 dari anon kadang2 dari yang registered acc.. saya selalu yang mana saya x brkenan tu sy x approve pun.
ReplyDelete