Breaking News

Resepi Singgang Daging Kelantan

sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Bahang hari raya Qurban masih lagi terasa. Daging korban orang kampung agihkan mesti ada lagi dah dalam peti ais tu. Kalau tak ada boleh jer beli yang baru. hihi. Mengarut jer Cik Nor ni kan. Dalam banyak-banyak menu yang berasaskan daging, Cik Nor suka daging singgang. Kenapa Cik nor suka daging singgang? Sebab utamanya dia tak muak kerana semua rasa ada dalam tu. Rasa masin, manis, masam dan pedas.

Jom Cik Nor kongsi resepi Singgang Daging Kelantan

Singgang Daging Kelantan

Bahan-bahan nya :
1. 1/2 kg daging - hiris nipis
2. 1 inci lengkuas - hiris nipis 
3. 1 inci halia - hiris nipis 
4. 3 ulas bawang merah - hiris nipis
5. 5-6 ulas bawang putih - hiris nipis
6. 3 tangkai cili kering - potong kecil
7. 1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk kasar 
8. 3 keping asam keping
9. Garam + gula (secukup rasa)
10. Serbuk perasa tambahan (jika perlu)
11. Air - secukupnya
12. 4 tangkai cili padi merah (dipotong kecil, tambahan bagi mereka yang inginkan lebih pedas)


Cara- caranya :
Rebus daging sehingga empuk. kemudian masukkan kesemua bahan bahan di atas ke dalam periuk. . Biarkan ia mereneh seketika dan korang boleh rasa sama ada bahan perasa tadi cukup umphh ke tidak. Sekiranya ada yang kurang boleh la ditambah sebelum api ditutup.  Bila semuanya sudah cukup rasa boleh la dihidang dengan nasi panas dan juga sambal/ ulam.

9 comments:

  1. singgang daging cheq sukaaa CikNor. kalo ikan tak makan sangat =D

    ReplyDelete
  2. sedap daging singgang nak kena buat sekali ni hahahha

    ReplyDelete
  3. tingat ms belajar kt k'tan dulu...bla pihak kantin sediakan menu ni, masing2 bw sudu sebab nak hirup kuah singgang hahaha

    ReplyDelete
  4. macam sedap..tapi benornya tak penah try pun masak singgang ni..en.asben kurang gemor...

    ReplyDelete
  5. Memang favorite semua keluarga belah mertua.. termasuk en suami.. hihi

    ReplyDelete
  6. Ni singgang tulang pun sedap ni. Lagi sedap dari sup sebab sup mudah rasa mual. Singgang ni tak de.. sedar-sedar, habis satu mangkuk kita hirup kuah.

    ReplyDelete