Breaking News

Drama 7 Hari Mencintaimu 2 - Episod 4


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaimu 2 - Episod 4

Selepas termakan kata-kata mamanya, Mia mula bersikap dingin dengan Pak Samad dan Mak Leha. Demi keselamatan mamanya, dia sanggup tidur bersama mamanya dan biarkan Khuzairi tidur bersama Alisa. Dia juga mengelak daripada berjumpa dengan Mak Andak. Dalam masa yang sama dia marah apabila Khuzairi tidak berdaya untuk menolak permintaan Mak Leha agar mengambil Syakila bekerja di klinik. Ketika kedatangan Syakila ke rumah Pak Samad, dia gembira kerana Mia termakan kata-katanya, mengapikan Mak Leha dengannya disebabkan Nurul. Sama seperti Puan
Hayati, Syakila masih berdendam dengan Khuzairi disebabakn cintanya ditolak. Dia akan buat hidup Khuzairi menderita. Mak Leha pula teruja untuk mengenali Nurul Ain selepas melihat kesopanan Nurul Ain, beriya-iya mengajak Nurul ke rumahnya walaupun pertama kali berjumpa dengan Nurul Ain. Mia turut gembira dapat berjumpa dengan Nurul Ain.

Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah

1 comment: