Breaking News

Cik Nor Dah Kerja Ke?



Assalamualaikum ..


Mesti ramai yang ternanti-nanti Cik Nor mengemas kini entri untuk ceritakan tempat Cik Nor kerja sekarang. Mana taknya setiap entri Cik Nor cerita yang Cik Nor tiada masa dah sekarang ni sebab dah kerja. Bukan kerja tetap pun. Cik Nor kerja biasa-biasa dan sementara jer.

Untuk pengetahuan anda Cik Nor kerja sebagai pembantu pra ganti. Cik Nor ganti staf yang cuti bersalin. Mulanya Cik Nor hanya ganti untuk sebulan sahaja. Oleh kerana anak staf yang cuti bersalin tu ada masalah kesihatan maka dia sambung lagi cuti bersalin. Jadi masa kerja Cik Nor bertambah lagi. Alhamdulillah..kalau dah rezeki tak ke mana kan?

Syok ke kerja pembantu pra ni? Nak kata syok tu ada jugak yang tak syoknya. Nak kata tak syok, syok la sebab layan budak-budak pra sekolah jer. Tak ada masaah langsung. Kalau berurusan dengan orang dewasa ni banyak kerenah nak kena hadap. Penat mental dan fizikal tau.haha.

Yang tak bestnya kena masuk kerja awal iaitu pukul 6.45 pagi dan kena balik pukul 4.30 petang. Penatnya hanya Allah yang tahu. Tak apalah janji dapat gaji. Kena masuk awal sebab SOP untuk budak-budak pra sekolah memang ketat. Kalau dulu pintu kelas hanya 1 sahaja dibuka tapi kini keempat-empat pintu dibuka seluas-luasnya. Begitu juga tingkap. Kipas pun sama kena on sepanjang kelas berlangsung. 


Sebelum masuk kelas mereka kena cuci tangan. Tempat duduk mereka kena sanitize 3 kali sehari. Mereka tak boleh bergerak bebas macam dulu lagi. Makanan Cik Nor dan guru mereka akan hantar ke tempat duduk mereka. Mereka hanya boleh bergerak jika hendak ke tandas sahaja. Kalau ikutkan banyak lagi SOP nak kena patuhi tapi kalau nak cerita kat sini, berjela la entry ni jawabnya..hehe

Memang agak ketat SOP untuk murid-murid pra sekolah. Kami yang kerja sebagai pembantu memang kena cergas fizikal kerana tiada masa rehat jika mereka masih berada dikawasan sekolah. Dalam berita 2 3 hari kebelakangan ini menyiarkan bahawa kes Covid19 kita meningkat dengan adanya kes baru setiap hari. Sama-samalah kita doa dan menjaga SOP supaya tiada lagi PKP selepas ini..aamiin. 

5 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan ciknor

    ReplyDelete
  2. good luck cik nor, alhamdulillah kerja sementara pun ok juga tau.

    ReplyDelete
  3. semoga dpt kerja tetap nanti... Aamiin...

    ReplyDelete
  4. betul tu CikNor.. ada rezeki xkan kemana.
    insyallah yang baik2 saja menanti untuk kita semua =)

    ReplyDelete