Telefilem Mak Tak Bagi Balik
Assalamualaikum..
Sebenarnya dah lama nak buat entry pasal telefilem ni tapi masa cuti raya tempoh hari line tenet kat kampung tak bagi kerja sama sepenuhnya.haha. Nak tak nak, Cik Nor Redha jer la. Malam baru berkesempatan nak updates pasal ni.
Korang mesti tengok kan telefilem ni, sebab dia siar malam raya kalau tak silap Cik Nor la. Memang sedih sangat tengok telefilem ni. Kalau tak tengok bersama family mahu bergelen air mata Cik Nor keluar. Mengalir jugak air mata tapi pandai-pandaila cover line. Hehe. Memang menggamit memori bila tengok citer ni. Dulu family Cik Nor susah jugak tapi tak ada lah macam dalam citer tu. Ayah Cik Nor kerja petani, kalau tak hujan dia menoreh, kalau hujan turun ke sawah tanam padi. Mak pula suri rumah sepenuh masa. Tapi alhamdulillah makanan tak pernah putus bekalan.
Dalam citer tu, memang betul-betul daif la orang kata. Terpaksa makan ubi kayu dengan ikan masin. Kadang-kadang jer. Kalau malam tu check confirm tak ada makanan untuk makan pagi semua kena puasa. Kalau siapa tengok citer ni memang menangis la. Kalau tak nangis memang orang tu tak ada perasaan. Hehe
Part yang ayah dia pergi cari ikan kat sungai then kaki terpijak kayu tajam ke apa ntah. Memang drama air mata bermula dah. Lepas tu ayah dia pergi menoreh dalam hujan dengan kaki yang tak sembuh lagi, bebalut dengan plastik. Memang tak menahan air mata untuk keluar. Tu yang kat rumah, yang kat asrama kakak yang bersekolah kat asrama penuh sanggup simpan kuih dalam laci semata-mata nak bagi kat adik kat rumah yang sentiasa putus bekalan makanan.huhu
Agak-agak korang dizaman penuh kemajuan ini, ada lagi ke keluarga miskin macam dalam citer tu. Harapnya semuanya telah dibantu kalau ada. Harapan Cik Nor semoga korang sentiasa menghargai pengorbanan kedua ibu bapa anda untuk membesarkan anda sehingga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
Tak layan TV pula malam raya tu 😂 Tapi, zaman maju ni still ada keluarga yang miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi salute dengan family tu, memang rajin cari rezeki yang halal 👍👍👍
ReplyDeleteAlahhhh ruginya cik Nor tak tertengok pulak. TV berapa ni cik Nor? Harap ada ulanganlah hendaknya.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya maaf zahir batin CIk Nor
qekra tak sempat tgk pun movie mlm raya..
ReplyDeleteAda tengok aritu.. memang sedih.. rupanya ada kisah disebaliknya. Akhirnya berjumpa dengan keluarga sebelah ibunya yang lama terpisah.
ReplyDeleteala...x tengok....
ReplyDeleteDh tgok..sedih giler citer ni..
ReplyDeletetak sempat nak layan drama masa raya.. loni baru duk puluh tengok hihihihihi
ReplyDeletealahai. aida x tgk la, ciknor.
ReplyDeleteif tgk, mesti aida da meleleh air mata jugak.
kita tak tau, ciknor. ntah ntah masih ada yg susah gitu.
di pendalaman yg ntah ceruk mana :(
ada lagi Cik Nor orang susah macamtu..cuma kita jea tak tahu
ReplyDelete