Breaking News

Resepi Buah Gomak Kelantan

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Kalu musim kenduri kendara memang laris la orang tempah kuih buah gomak ni. Kalau kat luar Kelantan orang panggil apa pun Cik Nor tak tahu. Cik Nor cuba gak search, keluar tepung gomak. Tepung gomak lain dari buah gomak. Jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara buat buah gomok Kelantan ni.

Resepi Buah Gomok Kelantan

Bahan-bahan

1. Kelapa parut (anggaran dalam 1 biji kelapa)
2. 2 Cawan gula (ikut kemanisan yang korang inginkan)
3. Garam secukup rasa
4. Daun pandan
5. Guna melaka/ Nise (untuk warnakan sedikit buah gomok)
6. Tepung beras (untuk mengeraskan adunan no.1-4)
7. Beras pulut ( digoreng tanpa minyak dan di blend halus)

Cara-caranya :

1. Kelapa parut tu kalau agak kasar boleh la di blend terlebih dahulu.
2. Masukkan kelapa parut, gula, nise, garam, daun pandan dan air secukupnya untuk memasakkan kelapa.
3. Kacau sehingga sebati dan agak kering. Untuk tidak mahu adunan hangit kita masukkan tepung beras untuk mengeraskan adunan tadi. Setelah agak keras, bukan keras sangat tapi memadai boleh digentel dan budah dibentuk.
4. Biarkan ia sejuk seketika
5. Bila sudah sejuk gentel atau bentukan seperti bola pingpong atau mengikut saiz yang korang mahukan. Kemudian golekkan diatas serbuk tepung pulut yang kita buat tadi.
6. Sedia untuk dimakan.

18 comments:

  1. Kalau tepung gomak sha tahu.. Kesukaan sha.. Buah gomak ini first time dengar.. Nampak menarik..

    ReplyDelete
  2. dok kelantan dulu penahlah jumpa laa ni payah

    ReplyDelete
  3. First time Nani dengar pasal kuih ni, nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. Akak tak pernah jumpa dan tak pernah rasa lagi...nampak menarik

    ReplyDelete
  5. kuih hok melekit tu ehh..syok jugak makan sekali sekalo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik mar dia melekit sblm gaul dgn beras yg dgoreng dan di blend tu..dah gaul xmelekit dah..hihi

      Delete
  6. Lo ni jare doh ore buat tepung buah gomak ni sbb nenek2 yg selalu buat masa kita kecik2 dulu dah meninggal. Thanks for sharing, cik nor...

    ReplyDelete
  7. First time dgr nama kuih ni, cik nor.. Hehe.. Sedap ke?

    ReplyDelete
  8. tak pernah rasa.. sama mcm kuih mochi ke ?

    ReplyDelete
  9. first time dengar buah gomak ni. Selalu dengar orang sebut tepung gomak je :P

    ReplyDelete
  10. Mama Tak penah jumpa lagi la kuih Ni.. tepung gomak Tau la.. kena Cuba la Ni nanti

    ReplyDelete
  11. tu la.
    tepung gomak aida biasa makan.
    yg ni tak pernah.

    ReplyDelete
  12. Yg sedap payah nak jumpa, kebanyakkannya warna cerah, rasa tepung yang banyak. Tapi kueh ni meme legend.

    ReplyDelete
  13. Yg sedap payah nak jumpa, kebanyakkannya warna cerah, rasa tepung yang banyak. Tapi kueh ni meme legend.

    ReplyDelete