Breaking News

Drama Hadiah Dari Tuhan - Episod 9


Semakin menjelang Hari Raya Aidilfitri, beberapa sektor ekonomi mula beroperasi kembali.Tetapi amalan kunjung mengunjung dihari raya masih perlu ikut SOP yang telah ditetapkan, walaupun kes wabak semakin menurun, pergerakkan penduduk masih terkawal. Ibu doktor Zabidi sangat terharu bila tahun ini hanya dapat beraya bersama cucu dan menantu tetapi anaknya masih didalam hospital. Qul, Ika dan Bella masing-masing beraya dalam suasana yang serba sederhana. Paling mengejutkan Jannah, hari raya tahun ini dikunjungi oleh bekas suaminya iaitu Iskandar yang pernah menceraikannya kerana mengejar kemewahan kini menyesal setelah jatuh muflis dan hidup gelendangan.

Yaacob semakin menjadi-jadi kemarahan terhadap Qul dan Fatin, dia tidak sedar yang baju raya serta persiapan raya dibantu oleh Qul secara rahsia. Selepas sambutan hari raya, kebahagian rumah tangga Khatty dan Shahir tidak kekal lama bila rumah tangga mereka pula dingin apabila Khatty dapat menghidu suaminya curang dibelakangnya. Bella sangat kecewa dengan sikap ibu dan ayahnya, sehinggalah dia pula yang menasihati kedua ibu dan ayahnya supaya bersikap dingin.

Qul mengalami kemalangan langgar lari yang mana sipelaku adalah Yaacob. Selang tidak lama kemudian Jannah dan Iskandar kembali bersatu dengan ikatan perkahwinan yang berlangsung secara dalam talian. Iskandar kembali menetap dirumah Jannah yang dahulunya dia pernah bersumpah tidak akan jejak kaki lagi. Iskandar yang masih belum bekerja melakukan kerja rumah bagi meringankan beban isterinya, tetapi sepanjang dia tidak bekerja, terdapat suara-suara sumbang yang mengatakannya makan hasil bini membuatkan Iskandar memilih untuk mencari kerja.

Pelakon : Riena Diana, Syafi Tee DFKL, Sophia Barakbah, Izreen Azminda, Amy Mastura, Dynaz Mokhtar, Zefrul Nordin, Mak Engku, Puteri Rafasya, Fezrul Khan

No comments