Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim
Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Berikutan hasutan dan penipuan daripada adiknya, Rozana (Sera Melissa), Rahimah selalu dipersalahakan dan dibenci oleh ibubapanya serta sering ditimpa malang.
Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan mengikut suaminya pulang ke bandar. Dalam masa yang sama Nurul (Ezzaty Abdullah) juga cintakan Jauhar dan hanya menganggap Ramzi (Mustaqim Bahadon) sebagai kawan rapat yang boleh untuk mengadu segala masalahnya.
Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya.
Oleh itu, dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul. Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah.
Lahirkah bahagia yang didambakan???
Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina Amir Sharipuddin, Mustaqim Bahadon, Hafidz Roshdi, Sera Melissa, Diana Dee, Che Kem dan ramai lagi.
Baca juga : Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan
Drama yang hangat diperkatakan di media sosial hanya kerana tajuknya..
ReplyDeleteBagus juga produksi ini buat drama mengenai sindrom ini.. Kalau tak Sha pun tak tahu ada rupanya penyakit macam ini pada orang perempuan.. Semoga maklumat mengenai penyakit ini disampaikan dengan betul oleh produksi..