Breaking News

20 IDEA AKTIVITI DIRUMAH BAGI ANDA DAN ANAK-ANAK SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa Negeri di Malaysia bagi mengawal penularan Covid-19 yang jangkitannya kian meningkat. Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi atau essential servicesbagi menyekat penyebaran virus ini.

Usah khuatir dan jangan panik. Mari kita sama-sama melangkah hadapan dan duduk dirumah! Beberapa hari sudah pun berlalu tanpa kita sedari, akan tetapi melalui fasa ini pasti akan membuat anda tidak keruan. Dibawah adalah senarai 20 idea bagi aktiviti yang anda dan anak-anak boleh lakukan dirumah semasa PKP dilaksanakan.

1.  Keluarkan permainan papan anda.

2.  Buat suatu diari bagi tujuan mencatat aktiviti harian anda sekeluarga.

3. Ini masanya untuk anda membuat kek atau biskut! Mana tahu, jika ianya enak, anda mungkin dapat menjana pendapatan baharu.

4. Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal. Ini adalah sangat berguna bagi yang harus bekerja dari rumah kerana ianya menjimatkan masa ketika perlu meyediakan makan tengah hari.

5.  Adakan malam menonton filem dirumah. Setiap malam, satu orang dari ahli keluarga anda dapat memilih satu filem untuk ditonton.

6. Jika anda belum pernah mencuba, apa lagi, ayuh bersenam dirumah.

7.  Lakukan countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.

8.  Bantu anak-anak anda dengan kerja sekolah mereka.

9. Berteka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan lego.

10.   Buat suatu senarai destinasi pelancongan di Selangor yang anda ingin lawati.

11. Kemaskan rumah anda. Selongkar barangan tidak terpakai anda dan ketepikannya bagi pemberian bantuan kebajikan.

12. Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.

13.  Hiaskan rumah anda.

14.  Berkelah atau berkhemah di laman rumah.

15.  Adakan panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara anda! Jarak bersosial tidak bermakna anda tidak bersosial.

16.   Rancang percutian keluarga anda di Selangor.

17.  Mulakan aktiviti berkebun dirumah.

18.  Cipta satu filem keluarga dirumah.

19. Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh PKP ini.

20.  Karaoke di rumah!

Lakukan aktiviti-aktiviti ini bagi mengisi masa lapang anda dirumah sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda dan anak-anak boleh menghindari diri dari keinginan untuk keluar bersiar. Tambahan pula, anda dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda. Walaubagaimanapun, jika anda merasa tidak sihat dan memerlukan perhatian perubatan, kami nasihatkan anda untuk terus ke pusat perubatan atau hospital terdekat bagi melakukan saringan. Ini adalah senarai 10 pusat-pusat perubatan di Selangor yang anda boleh kunjungi:

  KPJ Damansara Specialist Hospital

- Sunway Specialist Centre Damansara

- The Tun Hussein Onn National Eye Hospital

- Avisena Specialist Hospital

- Columbia Asia Hospital Bukit Rimau

 Ara Damansara Medical Centre

- Sunway Medical Centre

- KPJ KLang Specialist Centre

- Subang Jaya Medical Centre

- Assunta Hospital

Juga, ambil perhatian akan keadaan dan kesihatan diri dan juga ahli keluargaanda. Jika anda terdedah dengan pesakit atau tempat menularan Covid-19, menghadapi simtom-simtom selsema, batuk, kesukaran untuk bernafas dan mengalami demam lebih dari suhu 37.5°, sila ambil inisiatif untuk kuarantinkan diri anda dirumah dan membuat panggilan ke Kementrian Kesihatan Malaysia di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700 untuk mendapatkan nasihat dan maklum balas akan langkah yang berikutan. Jangan terus ke klinik berhampiran kerana anda boleh menyebarkannya kepada orang disekeliling.

Baca juga : Tourism Lancar Video Promosi Pelancongan Sempena Kempen " Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu"

Berhati-hati dan duduk dirumah. Anda boleh selamatkan diri anda dan orang lain. Kami di Tourism Selangor prihatin akan komuniti dan seluruh rakyat Malaysia.#TourisSelangorCares

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

4 comments: