Breaking News

Drama Hadiah Dari Tuhan - Episod 13

Walaupun sektor ekonomi berjalan kembali, tetapi ramai lagi yang masih terkesan dan kehilangan kerja. Hubungan baik Qul dengan Ika rupanya dalam diam dicemburui oleh Bella, atas dasar persahabatan Bella terpaksa berterus terang dan minta penjelasan Qul untuk memilih siapa yang bertahta dihati. Qul membuat keputusan untuk memilih Ika tetapi tidak bermakna dia tidak sudi berkawan dengan Bella, Qul memperjelaskan yang dia terlalu awal dan belum bersedia untuk bercinta atau berkahwin. Qul memilih ika sebagai BFF yang paling utama kerana Qul lebih lama berkawan dengan Ika berbanding Bella yang baru sahaja dikenalinya. Akhirnya Bella faham. Qul, Ika dan Bella terus bersahabat tanpa ada sempadan.

Suatu hari. Qul telah disalah anggap oleh Yaacob yang kononnya berdua-duaan didalam rumah bersama isteri Yaacob. Yaacob tanpa berfikir panjang telah memukul Qul, isteri Yaacob akhirnya terpaksa membuka rahsia yang selama ini Qul telah banyak membantu mereka sekeluarga. Qul masuk kedalam rumah hanya sekadar membaiki paip yang bocor dan bukan ada niat lain. Satu persatu rahsia dibongkarkan membuatkan Yaacob tersedar akan kesalahannya dan menyesal.

Kini kehidupan Qul bahagia bersama Fatin, Fatin telah diberitahu status kematian neneknya dan telah dibawa menziarahi kubur. Fatin telah mampu menerima hakikat. Ika juga bahagia bersama ayah dan ibunya, Bella juga bahagia bersama keluarganya, begitu juga dengan Rossa dan Doktor Zabidi yang semakin bahagia, tetapi berbeza dengan Zakiah, perniagaannya hancur, dia mengalami kerugian yang besar dalam pelaburan yang haram membuatkan dia kembali hidup susah atas sifat tamaknya itu. Dalam rakyat Malaysia semakin berasa selamat, ada yang melanggar SOP dan kurang mengamalkan SOP yang benar membuatkan kes positif covid19 mencanak naik, gelombang ketiga semakin menjadi-jadi dan menakutkan.

Doktor Zabidi dan Jannah sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk melawan covid19 dan mereka berdua dihantar kesabah untuk membantu. Kerajaan terpaksa melakukan PKPD dan PKPB semula. Rakyat kini terus hidup dalam norma baharu serta kes covid19 masih belum berjaya diselesaikan.

Pelakon : Riena Diana, Syafi Tee DFKL, Sophia Barakbah, Izreen Azminda, Amy Mastura, Dynaz Mokhtar, Zefrul Nordin, Mak Engku, Puteri Rafasya, Fezrul Khan

No comments