Drama Hadiah Dari Tuhan - Episod 7
Qul meminta Jannah untuk terus berahsia tentang kematian Ainum dari pengetahuan Fatin kerana Qul risau jikalau adiknya bersedih akan membahayakan kesihatan adiknya, dia mahu pastikan Fatin bebas Covid19 dan dibenarkan pulang baru lah Qul akan memberitahu kebenaran. Qul dirundum rasa sedih memandangkan orang lain meninggal dunia boleh dicium jenazah, dimandikan, disembahyangkan serta dikebumikan secara biasa, tetapi memandangkan Ainum mangsa kematian akibat Covid19 semua itu tidak dilaksanakan secara biasa tetapi mengikut SOP yang telah ditetapkan KKM. Hanya kenangan silam yang mampu membuat Qul menerima hakikat dan redo dengan kehilangan neneknya.
Shahir yang terkandang di Italy akhirnya telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia. Shahir yang tidak sedar dia telah mendapat jangkitan di Italy dan setibanya di Malaysia dia didapati Positif dan terpaksa dimasukkan ke ward dan dikuarantin. Ini sangat mengecewakan Shahir yang berharap dia negatif dan boleh kuarantin sendiri di rumah. Shahir mula bersikap pentingkan diri sendiri dan berlagak sombong serta tidak berpuas hati dengan layanan di hospital walaupun kesemuanya urusan mengikut “standard” KKM. Sepanjang dia dirawat dihospital, dia membuat pelbagai kerenah yang menyusahkan para pertugas hospital termasuk Jannah dan Doktor Zabidi. Apa yang telah terjadi keatas Shahir dirahsiakan dari pengetahuan keluarganya. Memandangkan hospital tempat Jannah bertugas kekurangan PPE, Bella telah membantu untuk mendapatkan bekalan PPE melalui Khatty yang sememangnya dalam bidang yang hampir berkaitan. Khatty bersetuju untuk membantu, ini sedikit sebanyak membuatkan Khatty berasa bangga dia dapat menyumbang sesuatu kepada yang memerlukan.
Niat Khatty yang ikhlas telah disalahertikan kononnya Khatty berbuat baik sedemikian untuk mengambil kesempatan dalam kesusahan orang lain. Bella kini telah pulang ke pangkuan keluarganya setelah sedar yang dia sepatutnya bersyukur mempunyai keluarga yang lengkap. Ika yang kini kembali tinggal sendirian semakin risaukan akan keselamatan ibunya setelah dia banyak melihat susah senang pada pertugas hospital yang keletihan dan tak cukup rehat serta terdedah dengan wabak yang semakin meningkat.Qul menjadi penasihat kepada Ika, disini hubungan Ika dan Qul semakin erat setelah saling berkongsi masalah dan sama -sama cuba untuk kuatkan semangat masing-masing untuk menempuh dugaan. Zakiah pula kecoh bila mengetahui kerajaan ada memperuntukkan bantuan untuk golongan terjejas, dia yang paling awal mengambil peluang yang ada. Ika yang selama ni terputus hubungan dengan Ayahnya ternampak kelibat ayahnya sebagai gelendangan di kaca TV.Ini mengejutkan Ika kerana selama ini dia sangkakan ayahnya bahagia bersama isteri muda.
Pelakon : Riena Diana, Syafi Tee DFKL, Sophia Barakbah, Izreen Azminda, Amy Mastura, Dynaz Mokhtar, Zefrul Nordin, Mak Engku, Puteri Rafasya, Fezrul Khan
Belum sempat lagi nak layan drama ni. Drama yang bagus dalam musim pandemik covid-19 ni. Kena tengok ni
ReplyDeletecerita ni pun shida tgk episod satud an dua je..pastu bz dah kerja..huhuu
ReplyDelete