Drama Hadiah Dari Tuhan - Episod 11
Zakiah yang menerima banyak bantuan serta mendapat keuntungan berlipat kali ganda dilihat telah menyalah gunakan bantuan dengan tidak mengamalkan amalan berjimat, malah dia semakin boros. Rezeki Qul semakin mencurah-curah dengan sikapnya yang banyak membantu orang susah serta tidak berkira dan melakukan kerja dengan ikhlas. Walaupun Qul berada dalam golongan B40 dia tidak bernah merungut atau mengeluh kesusahan yang ada, sedangkan golongan yang lebih berada pulak yang merungut serta mengharapkan bantuan.
Kehidupan Doktor Zabid sekeluarga semakin bahagia. Begitu juga dengan keluarga Ika tetapi keluarga Bella terus dibelengu pelbagai masalah. Sekolah kini dibuka, Fatin pulang ke pangkuan Qul untuk menghadapi sesi persekolahan, tetapi malangnya rakan sebaya Fatin yang merupakan anak kepada Yaacob tidak bersekolah. Yaacob memberi alasan pergi sekolah membahayakan kerana Covid19 masih ada, tetapi yang sebenarnya dia tidak ada duit untuk menyekolahkan anaknya. Yaacob mula berniaga makanan ditepi jalan, tetapi sikapnya yang tidak bersabar membuatkan perniagaannya tidak laku.
Isu kes fitnah keatas Khatty semakin memuncak, walaupun hubungan Shahir dan Khatty masih dingin, suaminya masih ingin cuba membantu, tetapi ego seorang wanita membuatkan Khatty menolak dan mahu menyelesaikan masalahnya secara sendirian.
Iskandar yang berkerja sebagai pembantu menjual ikan terus berahsia dari Jannah, dia memberitahu isterinya yang dia bekerja pejabat sehinggakan Jannah menyediakan persiapan pakaian kerja pegawai pejabat,ini sikit sebanyak membuatkan Iskandar dibelengu rasa bersalah membohongi anak isterinya kerana dia malu. Tetapi malangnya kerjayanya sebagai pembantu menjual ikan dipasar telah diketahui oleh anak dan isterinya. Jannah sangat kecewa.
No comments