Breaking News

Selamat Tahun Baru 2021


Assalamualaikum..

Walaupun hari ni sudah hari ke 5 kita berada ditahun baru Cik Nor tetap nak ucapkan selamat tahun baru 2021 pada korang semua. Bukan tak ucap awal tapi tu lah tengok masing-masing berebut nak ucap, jadi Cik Nor hold dulu ucapan Cik Nor.Haha..alasan semata-mata kan. Padahal dia malas nak menaip entry.

Macam biasa bila masuk jer tahu baru mesti ramai yang tanya apa azam tahun baru. Cik Nor macam biasa jer renew yang tahun lepas pun. Banyak yang tak tercapai. Antaranya nak kahwin, haha. Tapi pada tahun ni Cik Nor tak berharap sangat dah sebab umur pun dah masuk 4 series. Kalau tak ada jodoh didunia mungkin jodoh Cik Nor menanti di Sana. Mungkin Allah tak pertemukan jodoh sebab Allah nak Cik Nor jaga kedua orang tua Cik Nor sebaik mungkin sementara mereka masih ada didunia ini. InsyaAllah.

Tahun ni Cik Nor nak tambah 1 azam baru nak langsaikan semua hutang yang ada. Tak kira banyak ataupun sikit nak selesaikan secepat yang mungkin. Bila umur dah masuk 4 series macam-macam nak kena fikir termasuk kematian. Bila dah umur macam ni kita dah tak boleh lalai. Cepat atau lambat kita tetap kena terima. sekurang-kurangnya bila Cik Nor dah tak ada nanti, tak adalah Cik Nor tinggalkan hutang buat mereka yang masih ada.

Doaka moga Cik Nor terus istiqomah untuk sentiasa menambah bekal ke akhirat kelak. Kadang-kadang kita leka dengan dunia sampai bekal akhirat kita lupakan. Bersedekah antara salah satu bekal paling mudah untuk kita bawa ke akhirat nanti. Allah suka hambaNya yang suka bersedekah..malah Allah murahkan rezeki pada mereka yang bersedekah. InsyaAllah.

Eh, cerita tahun baru tapi melalut ke cerita lain la pulak.haha. Oklah korang malas nak membebel panjang takut korang bosan nak baca. Apa azam Tahun Baru korang?

5 comments:

  1. in shaa Allah ciknor..moga2 tercapai azam tu yer

    ReplyDelete
  2. azam kita sama renew tahun sebelum2 ni.. kadang fikir azam tu mungkin dia belum bagi lagi sebab nak suruh kami suami isteri berbakti dulu jaga mok yg tengah uzur ni

    ReplyDelete
  3. Happy new year cik nor! Kite azam baru nak setelkan azam yang tertangguh tahun-tahun sudah. Hehehe

    ReplyDelete
  4. In Sha Allah CikNor moga dipermudahkan segala urusan murah rezeki

    ReplyDelete
  5. yeah!! Go go go ck nor!!! masuk list, kita boleh jumpa tahun 2021 ni!!!!

    ReplyDelete