Breaking News

Cik Nor Hilang Lagi???

Assalamualaikum..

Selamat hari ahad dan selamat berhujung minggu semua kawan-kawan blogger sekalian.Rindu tau kat korang semua.Mana cik nor menghilang selama 5 hari?Nie yang cik nor nak cerita.

Masa cuti hari Wesak tu cik nor lupa nak buat entry autopublish.Itu lah kisahnya.hehe.Manakala hari rabu pulak.Cik nor masuk kerja tak sampai 1/2 jam kakak telefon menangis-nangis.Kakak kata mak dah lain macam dia xboleh tidur dua malam berturut-turut.Cik nor apa lagi mintak MC dengan bos dan terus drive balik kampung secepat mungkin.Masa sampai tu tengok muka mak lemah sangat dengan matanya yang dah lebam xdapat tidur.Dia sebenarnya di jangkitan sejenis penyakit kulit yang di panggil kayap.Ingatkan penyakit nie tak serius just pergi berubat secara tradisional jer.Tapi sangkaan cik nor salah kerana dia makin merebak ke kepala dan menyebabkan leher kiri dan kanan mak cik nor tak dapat berfungsi dengan sempurna.

Mula-mula sampai mak marah kenapa hari rabu cik nor dah balik sedangkan esoknya hari biasa cik nor balik.Cik nor cakap mak dah macam nie tak kan nak biarkan pulak.Kakak suruh pujuk mak bawak g klinik kerajaan sebab sebelum nie dah bawak g klinik swasta tetap tak der perubahan jugak. Kat klinik kerajaan nie punyalah cik nor hangin satu badan.Ya Allah..dia punya servis amat lembab sekali.Bayangkan cik nor sampai bersama mak cik nor lebih kurang pukul 11.30 pagi.Daftar kejap jer.Nak tahu berapa lama masa yang kami ambil untuk jumpa doktor.Hampir 2jam untuk menunggu sahaja.Sabar jer la..dah lah mak tu sakit..cik nor dan untuk hilangkan tension dia menunggu cik nor terpaksa urut belakang dia untuk hilangkan rasa sakit kat leher dia.huhu

Mak cik nor dah sihat ke belum?Alhamdulillah...dia dah semakin sihat.Tapi tak tahu dimana silapnya dia tak boleh berjalan.Bangun pagi di hari sabtu dia kata kaki dia sakit macam ada benda yang menyucuk kat tapak kaki dia.Cik nor terpaksa tinggal jugak kerana minggu lepas dah 2 hari cik nor cuti.huhu.Cik nor harap korang semua doakan mak cik nor cepat sembuh seperti biasa dan boleh berjalan dengan sempurna semula...aamiin


8 comments:

  1. Amin... Moga mak cik nor kembali sihat... Insha Allah

    ReplyDelete
  2. Sabar yer cik nor.. nie semua dugaan.. semoga mak cik nor sembuh seperti biasa..

    ReplyDelete
  3. moga mak cik nor cepat sihatt,,,
    nory masa dalam pantang pon lama menyepi dari berblog ni...sekarang baru ada masa nak jenguk2 blog kawan2,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin...terima kasih nory..

      tu lah pasal..tahu2 rizqy dah keluar..:)

      Delete
  4. Moga mak cik Nor cepat sembuh... Namanya pun klinik kerajaan Cik Nor ramai orang agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..terima kasih kak.Entahlah kak..orangnya tak ramai mana..sebb MA ada jgk n xsemua jumpa doktor..huhu

      Delete