TOURISM SELANGOR LANCAR VIDEO PROMOSI PELANCONGAN SEMPENA KEMPEN “NAK BERCUTI? PUSING SELANGOR DULU!”
Kerajaan Negeri Selangor
menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri akan
secara rasmi melancarkan video promosi pelancongan untuk Kempen Pelancongan
Domestik; "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!" yang sedang giat
digerakkan sebagai salah sebuah inisiatif bagi memulihkan industri pelancongan
Negeri Selangor yang terkesan oleh pandemik Covid-19.
Video promosi pelancongan Kempen "Nak
Bercuti? Pusing Selangor Dulu" akan dilancarkan serta boleh mula ditonton
di saluran YouTube rasmi Tourism Selangor pada 12 Januari 2021 pada
pukul 12.00 tengah hari di pautanhttps://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0&feature=youtu.be.
Video berdurasi 2 minit 30 saat itu turut
menampilkan Duta Kempen, Che Puan Juliana Evans dan seleksi tarikan pelancongan
menarik meliputi 9 buah Daerah di Negeri Selangor; Petaling, Kuala Langat,
Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang, Hulu Langat, Gombak dan
Klang.
Antara ikon pelancongan Negeri Selangor yang ditampilkan adalah seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu Caves, Kajang Heritage Centre, Sultan Abdul Aziz Royal Gallery, i-City Shah Alam dan Sunway Lagoon. Apa yang lebih menarik, video tersebut turut menampilkan pengalaman Duta Kempen, Che Puan Juliana Evans di Sky Mirror, Istana Bandar Kuala Langat, Kuala Kubu Bharu Heritage Trail, serta pengalaman beliau melakukan aktiviti sukan ekstrem, White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu.
Che Puan Juliana Evans
yang merupakan seorang hos, pelakon, dan selebriti dengan lebih 19 tahun dalam
industri telah dilantik sebagai Duta untuk Kempen "Nak Bercuti? Pusing
Selangor Dulu" untuk tempoh dua tahun. Dalam sebuah kenyataan di Majlis
Pelancaran Kempen ini pada Disember lalu berkata, "Saya berterima kasih
kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor kerana memberi peluang
kepada saya untuk menggalas tanggungjawab ini. Sebagai seorang anak jati Negeri
Selangor, saya amat berbangga dilantik menjadi Duta Kempen ini. Tambahan pula,
saya seorang yang gemarkan aktiviti pelancongan, dan Negeri Selangor mempunyai
pelbagai destinasi pelancongan yang cantik dan menarik. Jadi, kepada peminat
saya, jika "Nak Bercuti, Pusing
Selangor Dulu!"
Adalah menjadi harapan
Tourism Selangor, agar video promosi pelancongan dengan nafas baharu ini akan
dapat memberikan pendedahan kepada umum tentang tarikan pelancongan menarik
yang terdapat di Negeri Selangor, seterusnya menjadikan Negeri Selangor sebagai
destinasi percutian pilihan pelancong domesikseterusnya memacu pertumbuhan
ekonomi Negeri Selangor.
Namun harus diingatkan,
amalan berlandaskan SOP perlu diberikan penekanan pada setiap masa agar pendemik covid19 dapat diputuskan.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel dan di laman YouTube di saluran “Tourism Selangor”.
wow ok jugak kan
ReplyDeletepusing2 Selangor ,bykkk tempat2 menarik yg belum terjah