Breaking News

Drama Hadiah Dari Tuhan - Episod 10

Walaupun Yaacob tahu dia telah melanggar Qul, dia sengaja pura-pura tidak ada rasa bersalah. Qul mengalami kecederaan ringan, tetapi dia pulang lewat ke rumah menyebabkan Fatin yang terlalu lapar bersendirian di rumah memberontak, Fatin yang tidak tahu abangnya mengalami kecederaan telah memegang bahagian kecederaan yang dialami oleh Qul sehingga menyebabkan tersentap sakit dan dia tertampar Fatin. Qul sangat menyesal memarahi adiknya sedangkan Fatin yang tidak pernah dimarahi oleh Qul merajuk. Keesokkan harinya, Qul terkejut bila Fatin tiada dalam rumah. Puas Qul mencari adiknya tetapi tidak jumpa. Fatin melarikan diri kerumah Jannah, kerana Jannah lah satu-satunya insan yang dia anggap bagaikan ibu dan dia tahu rumah Jannah.

Qul diberitahu Fatin berada dirumah Jannah, Qul bergegas untuk menjemput Fatin kembali, tetapi Fatin yang masih kecewa dinasihatkan oleh Jannah agar melepaskan Fatin untuk terus menetap sementara waktu dirumah Jannah memandangkan Qul sibuk bekerja tidak punya masa untuk menjaga Fatin serta merbahaya Fatin dibiarkan sendirian dirumah. Qul akhirnya bersetuju membenarkan adiknya menumpang dirumah Jannah. Sepanjang Fatin berada dirumah Jannah, Jannah dan Ika banyak memujuk Fatin agar tidak terus membenci Qul.

Khatty yang masih berperang dengan masalah rumahtangganya sekali lagi dihasut oleh kawan baiknya yang konon segala aktiviti kebajikkannya sengaja disabotaj oleh Duta produknya sendiri, rakan baiknya itu sengaja melaga-lagakan Khatty sehingga terjadinya kes saman menyaman sehingga reputasi baik Khatty merudum.

Iskandar akhirnya dapat kerja disebuah pasar basah atas bantuan rakannya, tetapi Iskandar merahsiakan pekerjaannya dari pengetahuan anak dan isterinya. Iskandar yang dahulunya bersifat memilih kerja dan hanya mahu bekerja dengan pulangan yang besar, kini dia tidak lagi memilih kerja asalkan dia mempunyai kerja yang halal.

Pelakon : Riena Diana, Syafi Tee DFKL, Sophia Barakbah, Izreen Azminda, Amy Mastura, Dynaz Mokhtar, Zefrul Nordin, Mak Engku, Puteri Rafasya, Fezrul Khan

 

1 comment:

  1. Harini habis dah episod akhir. belum sempat tengok lagi kak Nor. Nak marathon habis terus :)

    ReplyDelete