Drama Hadiah Dari Tuhan - Episod 8
Suasana sambutan Ramadan dalam suasana PKP. Walaupun didalam bulan puasa,sikap panas baran Yaacob semakin menjadi. Qul yang membantu keluarga secara rahsia juga menjadi mangsa keganasan Yaacob, sehingga Qul pula dimarahi dan dipukul kerana mengganggu urusan keluarganya.
Khatty mula mengalami tekanan yang berbeza, kesemua aktiviti kebajikan telah dikecam oleh warganet yang rata-rata menuduh Khatty melakukan semua itu semata-mata mahukan nama dan imbuhan. Bella sukar menerima kenyataan ibunya dikecam hebat, tetapi Khatty masih bersikap sabar. Shahir yang masih ditahan diward semakin tertekan.
Manakala Doktor Zabidi yang dirawat dalam ward yang sama cuba untuk berbaik-baik dengan Shahir walaupun dia tahu Shahir punca segalanya.Disebabkan sikap Doktor Zabidi yang sangat penyabar dan profesional akhirnya membuatkan hati Shahir bertukar dari keras hati menjadi seorang yang rasa berdosa. Daripada musuh kini dibulan puasa Shahir telah berubah sikap dan berbaik-baik semula dengan Doktor Zabidi.
Qul terus mencari misteri bagaimana covid19 menjangkiti neneknya, teori pertama anak patung yang diterima oleh Fatin tidak masuk akal, kini teori baru kemungkinan wabak itu dibawa dari warga asing yang bersembunyi ditingkat atas rumahnya, andaian semakin sukar menemui jawapan bilamana lelaki warga asing itu tidak pernah bersentuhan dengan mana-mana keluarganya.
Jannah yang dapat tahu, rumah tangga Doktor Zabidi retak, membuatkan dia membuat keputusan berani untuk bersua muka dengan Rossa untuk menerangkan segala-galanya, setelah diterangkan barulah Rossa kembali sedar yang selama ini dia salah sangka dan terkejut bila baru mengetahui yang suaminya positif. Rossa menyesal barulah dia sedar akan kebaikan suaminya selama ini. Shahir akhirnya disahkan negatif dan dibenarkan pulang. Selepas PKP ditamatkan dan kini bertukar kepada PKPB, atuk
dan nenek Bella mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Niatnya untuk merubah keluarga anak, menantunya serta sikap cucunya telah terlaksana. Apabila atuk dan nenek Bella tiada, barulah Bella dan Khatty berasa sikap atuk dan nenek yang menjengkelkan membawa banyak makna dalam mengubah kehidupan mereka sekeluarga.
Pelakon : Riena Diana, Syafi Tee DFKL, Sophia Barakbah, Izreen Azminda, Amy Mastura, Dynaz Mokhtar, Zefrul Nordin, Mak Engku, Puteri Rafasya, Fezrul Khan
No comments