Breaking News

Drama Bidadari Salju - Episod 20

Ketika Kayra terkaku dek membaca mesej kes khalwat antara Hariz dan Jeanny, tak dia sedari Hariz pulang ke rumah. Tapi Hariz dibawa Jeanny ke bilik tidurnya dulu untuk membetulkan masalah komputer ribanya. Pada saat Hariz tersadung kaki di wayar komputer di lantai, dan terjatuh ke katil menghimpit badan Jeanny. Ketika itulah juga Kayra membuka pintu dan terbeliak melihat perlakuan Hariz dan Jeanny. Kayra terus meluru keluar mahu menuruni tangga. Dia cepat dihalang Hariz. Pertengkaran dan pergelutan terjadi di tangga antara Hariz dan Kayra, yang menyaksikan Kayra terjatuh tergolek di tangga dan terus pengsan.

Pelakon: Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Chacha Maembong, Fimie Don, Jaja Iliyes, Syazuwan Hassan, Nazrief Nazri, Siti Khadijah Halim, Zulkifli Ismail, Lisdawati, Rosnah Johari, Lan Zailan

No comments