Breaking News

Resepi Serawa Durian

Gambar dari google

Assalamualaikum...

Sekarang asyik semua cerita pasal durian jer. Kat lama sosial penuh dengan cerita durian. Tak kiralah durian mahal ke durian murah ke. Yang pasti semuanya berkaitan dengan durian. Cik Nor pun apa lagi, bia cerita pasal durian Cik Nor suka sangat makan serawa durian. Makan dengan pulut memang tak pandang kiri kanan dah. hehe.

Jom Cik Nor kongsi resepi serawa durian.

Resepi Serawa Durian

Bahan-bahanya

1. Durian (ikut suka korang nak letak banyak mana, lagi banyak lagi sedap)
2. Santan (diambil dari sebiji kelapa, santan pekat tau)
3. Gula melaka (ikut tahap kemanisan yang korang inginkan)
4. Daun pandan

Cara-caranya

1. Masukan santan dan gula melaka. Masak dengan api perlahan dan kacau sehingga gula melaka hancur. Jangan lupa masukan daun pandan.
2.  Kemudian masukan durian dan kacau sehingga pekat. 
3. Tutup api dan boleh di makan begitu sahaja atau bersama dengan pulut dan juga roti.

Mudah jerkan resepinya. Sambil tonton tv pun boleh siap serawa ni. Apa yang penting rajin masuk dapur.hehe

7 comments:

  1. cik nor post gapo nieee....aduhhhhhh...

    ReplyDelete
  2. boleh try buat ni.. sbb kt rumah mgm ada durian baru smpai semalam.. :)


    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  3. busyra tak makan durian.. tp bila tngok pic ni nmpak sedap pulak. hehe

    ReplyDelete
  4. sebelum bersalin dah pekenaq dah serawa durian..siap minak mak buatkan tu..hehe

    ReplyDelete
  5. kalau ikut tekak sy, serawa durian ni judu dia adalah roti jala, roti keping biasa dengan putu mayam perghhhh nikmat Tuhan mn nk kau dustakan???

    ReplyDelete