Breaking News

Drama 7 Hari Mencintaimu 2 - Episod 3


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaimu 2 - Episod 3

Mia terkejut mendapat tahu Sofi diceraikan dan malukan kepada suaminya. Masing-masing menyalahkan Helmi termasuklah Puan Hayati tetapi Mak Leha ingin mendengar dari mulut Helmi dan Sofi apa yang sebenarnya berlaku. Puan Hayati bersorak gembira kerana misi keduanya berjaya selepas Nadia memutuskan pertunangan dengan Zaidi. Sofi datang berjumpa dengan Mia Adriana tetapi meminta dirahsiakan daripada Pak Samad dan Mak Leha kerana dia belum bersedia untuk berjumpa mereka. Semakin hari Mak Leha semakin meluat dengan sikap Puan Hayati. Selepas mendengar cerita dari mamanya tentang Pak Samad, Mia arahkan mamanya agar tinggal sahaja dirumahnya atau terus balik ke Kuala Lumpur kerana dia tidak mahu sebelahkan sesiapa kerana dia tidak nampak apa yang berlaku di dalam rumah bapa mentuanya.

Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah


3 comments:

  1. Petang semalam baru tengok tapi dah banyak lupa pulak kisah episod 1 dulu hahaha...

    ReplyDelete
  2. Berhantu dah drama ni. Kita pun dah beli novel ni

    ReplyDelete