Breaking News

Kenapa Cik Nor Berhenti Kerja?


Assalamualaikum..

Sudah hampir 4 bulan Cik Nor berhenti kerja dan menjadi penganngur terhormat. Yang mana friend dengan Cik Nor kat facebook memang dah tahu kenapa Cik Nor berhenti kerja. Cik Nor bukan saja-saja nak berhenti kerja yang telah Cik Nor bina selama 7 tahun tu. 7 tahun bukan nya sekejap yer. Memamg sayang tau. Tapi banyak perkara yang membuatkan Cik Nor terpaksa lepaskan jawatan Cik Nor itu.

Sebelum  ini Cik Nor ada  krisis dengan majikan Cik Nor. Korang boleh baca Masalah Besar dan Dilema Pekerja. Tapi Cik Nor sabarkan hati lagi sebab ingatkan hutang Cik Nor yang masih banyak tak langsai lagi. Sampai bila hati ini boleh bersabar dengan kerenah bos yang macam-macam ni. Buat salah, tak buat lagi salah. Dia tak pernah puashati dengan kerja Cik Nor, ada jer salah yang dia cari. Allahuakbar..hati mana yang boleh sabar lagi.

Kes Cik Nor resign ni bermula sebelum raya haji, masa tu majikan Cik Nor ada whatsapp Cik Nor bertanya pasal claim apa ntah. Bayangkan masa dia tanya tu bukan hari bekerja. Mana nak cekau maklumat, Cik Nor main bantai jer maklumat dalam email jer. Dengan tiada bukti yang kukuh dia tuduh Cik Nor tak buat kerja, sedangkan maklumat dalam email Cik Nor tu kadang-kadang tak updates. Tak jawab whatsapp tu dia akan marah dan cakap macam-macam. Terpaksalah Cik Nor jawab dan bagi maklumat walaupun maklumat tu tak tepat. Geram jugak Cik Nor kalau terlalu mendesak. Cik Nor jawab kalau tak puas hati dengan kerja Cik Nor boleh la cari kerani baru. Nanti masuk pejabat Cik Nor buat iklan cari kerani baru. Mungkin dia rasa tercabar Cik Nor tulis macam tu terus dia bagitahu Cik Nor supaya tak masuk kerja dan hantar kunci pejabat yang Cik Nor pegang.

Bila orang dah kata macam tu tak kan kita nak masuk kerja lagi kan? Hari yang Cik Nor sepatutnya masuk pejabat Cik Nor hantar kunci pejabat dan tak jumpa mana-mana staf dah. Sempat la juga Cik Nor ambik dokumen yang Cik Nor perlukan untuk Cik Nor dakwa majikan kerana berhentikan Cik Nor tanpa sebab.  Cerita pasal dakwaan tu Cik Nor cerita dalam entry akan datang.

Kalau korang kat tempat Cik Nor, korang sanggup ke hadap majikan macam kat tempat kerja Cik Nor sekarang? Nak apply cuti punya lah susah, cuti tahunan dalam setahun tak pernah habis. Hujung minggu korang tak akan aman kerana ada jer soalan berkaitan kerja yang akan ditanya walaupun dihari minggu.  Caruman KWSP sentiasa bayar lewat dan caruman Perkeso dah hampir 4 tahun tak bayar caruman walaupun tiap-tiap bulan caruman dipotong dalam slip gaji. Banyak lagi ketidakpuasanhati Cik Nor sejak kerja kat sini tapi memang panjang kalau nak di ceritakan semua.huhu.

Kalau korang kat tempat Cik Nor korang stay or resign?

19 comments:

  1. Kalau akak..akak prefer kerja yang kita betul2 sincere nak buat..walau ada tekanan tapi boss bijak menangani...akak dah serve 7 orang boss..macam2 ragam dan kerenah..dan boss yang skrg the best so far..first lady boss yang akak jaga..yang lain semua lelaki. Menjawab soalan Cik Nor, akak pilih utk resign...buat apa kerja kalau kita x happy kat situ kan...

    ReplyDelete
  2. Kalau Yaya kat tempat Cik Nor akan resign jugak. Bagus tindakan Cik Nor untuk ambil tindakan ke atas bekas majikan. Semoga rezeki Cik Nor datang tak putus.

    ReplyDelete
  3. majikan apala macam ni..menindas pekerja

    ReplyDelete
  4. Cik nor berenti macam tu je ke... Majikan ada bagi surat terminate ciknor tak?

    ReplyDelete
  5. Buat aduan kpd pejabat buruh ttg kesalahan dia x byr caruman kwsp n perkeso tu. Biar dia rasa! Arrghh!

    ReplyDelete
  6. baik behenti je daripada dapat bos gitu

    ReplyDelete
  7. Saya doakan ciknor akan dapat kerja dan majikan yang lebih baik. Saya pun harap dapat yang baik jugak bila dah kerja nanti aamiin

    Nini singgah sini. Jemput join giveaway kalau berminat :3

    https://itsninisblog.blogspot.com/2019/09/sayonara-stationery-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  8. Memang tak tahan Cik Nor, saya pun penat hadap majikan teruk dengan environment toxic sampai ambil keputusan untuk berhenti. Semoga Cik Nor dapat tempat kerja lebih bagus dari company lama.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik wak jadi boss (kerja sendiri).

    ReplyDelete
  10. aduh....politik tempat kerja macam ni lah kan cik nor...kerja, kalo rakan2 kerja yang tak best, masih boleh lagi kita nak bertahan....tapi kalo boss yang tak best, payah nak stay lama2...

    moga Allah permudahkan urusan cik nor ya...ameen ameen!

    ReplyDelete
  11. Kalau saya kat tempat Cik Nor, saya memang akan resign, sebab majikan menindas pekerja dan membuat aduan kepada pejabat buruh kerana takde caruman KWSP dan SOSCO, asalkan Cik Nor ada bukti yang mengatakan yang majikan tak membayar kedua-dua caruman tue..

    ReplyDelete
  12. kalau kin ditempat cik nor akan buat begitu gak.. memang sayang la 7 tahun berkerja tu..

    ReplyDelete
  13. stressnya cik nor..kalau saya pun, resign je la..koser nak layan bos giler macam tu..dah kenapa asik cari salah orang?macam ke dia perfect sgt...cik nor, jgn lupa buat report pasal socso tu...gaji potong tapi tak masuk dlm akaun socso...abis duit tu ke mana..yg kena tolak gaji kita kot...

    ReplyDelete
  14. sabar ye cik nor... insyaaAllah, mesti ada rezeki yg lebih baik Allah nak bagi tu

    ReplyDelete
  15. memang dilema kalau dapat majikan macam ni sedangkan dah bertahun lamanya kita kerja. memang sayang tapi kalau dah macam ni lebih baik melangkah pergi. Semoga lebih luas rezeki kak nor kat tempat lain.aaminn

    ReplyDelete
  16. 7 tahun memang lama tu. Dah 7 tahun sabar kalau Mrs. A pun buat tindakan yang sama berhenti kerja. Bawakan kes Cik Nor ni ke Industrial court. Message kat WhatsApp tu boleh jadikan bahan bukti screenshot pastu print. InSyaAllah doa orang teraniaya makbul.

    ReplyDelete
  17. kalau sy mmg dah lama angkat kaki. jujurnya sy x leh bekerja dgn org sebegini sbb sy x suka bekerja under pressure. hati jd x seronok. tp kalau itu langkah yg cik nor ambil, go on. rezeki di luar masih byk lg...

    ReplyDelete
  18. allahu kalau timm dekat tempat cik nor mmg akan resign jugak, mcm cik timm sekarang pun resign. tapi rasa lagi puas hati dari serve bos yg mcm tu..

    ReplyDelete