Breaking News

Bila Cik Nor Spring Cleaning Bilik Sendiri


Assalamualaikum..

Tajuk entry kemain lagi kan. Ye ke spring cleaning? Rasanya tak sepeunhnya juga sebab ada lagi yang Cik Nor sayang dan simpan semula. Haha. Ada orang kata kalau kita simpan barang-barang yang tak perlu dan sayang nak buang kita masuk dalam kategori orang yang ada masalah mental. Lantakk la..yang penting Cik Nor masih waras lagi sekarang.haha

Gambar yang atas adaah salah satu barang yang Cik Nor jumpa masa spring cleaning ni. Bunga telur entah yang zaman bila lagi pun tak tahu la. Hah..jangan salah sangka, bukan Cik Nor nak kahwin yer. Bunga telur tu mungkin yang kakak beli untuk majlis khatam quran anak dia rasanya. Ada lebihan dia letak bersama barang  goodies bag masa majlis kahwin adik Cik Nor yang tak habis guna dulu.

Barang -barang lain yang jumpa ialah kotak barang-barang review dan juga gift. Alahai banyaknya tak terkira. mana yang nampak baru Cik Nor simpan, mana yang nak barai dan tak boleh guna Cik Nor bakar terus. Makin di simpan makin sayang la pulak nak buang. Dari menyemakkan bilik baik buang dan bakar. Dengan cara ini sahaja boleh hilang rasa sayang tu.


Cik Nor bukan apa simpan kotak-kotak tu, mudah nak bagi hadiah kat orang. Beli barang kat kedai ECORM2 letak dalam tu. Bungkus cantik-cantik, orang bukan tahu pun kita beli kat mana hadiah tu.haha. Zaman gawat ni, semua kena berkira.Hihi.

Selain kotak, surat-surat arahan untuk review, broser produk untuk review, gift dari kawan-kawan blogger. Kalau gift dari kawan-kawan blogger Cik Nor simpan dalam kotak khas supaya senang nak cari dikemudian hari nanti. Bila dah buang dan bakar hilang sikit rasa sayang tu. Kalau tak semua barang Cik Nor nak simpan.

Sampaikan kakak dan adik masuk bilik Cik Nor diaorang cakap macam bilik puaka. Mana tak nya, bilik Cik Nor agak luas jugaklah tapi penuh dengan barang-barang tak berfaedah jer. Nak lepak dalam bilik Cik Nor pun tak boleh sebab no more space.haha. Sejak dah buat spring cleaning bilik nampak lebih luas dan lapang. Nak solat 2 orang sekaligus pun daj boleh.hehe

Bagus jugak buat spring cleaning ni, selain dapat membersihkan bilik dari barang-barang yang tidak perlu kita juga dapat meluaskan ruang dalam bilik. Korang pernah buat tak spring cleaning macam Cik Nor buat ni tak? Mesti selalu kan?

6 comments:

  1. sama la bab mengemas ada benda sayang hahahha...

    ReplyDelete
  2. semoga bilik cik nor lebih kemas n cantik sokmo...

    ReplyDelete
  3. ammi kalau mengemas segala benda rasa sayang. botol minyak wangi kosong sayang nak buang, resit syg nak buat..(ntah apa2 je.) tp bila dah tua ni selalu pikir...dibuatnya umur tak panjang kesian pada mereka yg ditinggalkan sebab banyak sangat benda nak dibuang nanti. hahahha

    ReplyDelete
  4. Saya.. Selalu gak.. Agak2 rimas tgk kotak2 yg letak brg utk review sampai dh berderet, pejam mata je buang. Lagi di simpan, lagi sayang..

    ReplyDelete
  5. Betullah tu kot penyakit mental kalau suka simpan barang lama yang dah takde guna hahahaa...

    ReplyDelete
  6. dalam dua tiga bulan sekali baru buat.. usually untuk baju2 la time rajin baru nak lipat semua elok2 balik. hahaha.. best spring cleaning ni sbb kdg2 blh jumpa harta qorun lama2 tu haha..

    ReplyDelete