Breaking News

Ole-Ole Dari Macau


Assalamaulaiakum...

Entry ni sepatutnya di terbitkan pada hari khamis lepas tapi banyak halangan yang menghalang maka, duduk la dia terperap dalam deraf sehingga lah malam ni kerajinan Cik Nor menulis tiba-tiba datang. hihi. Hari khamis tu ingat nak tulis la entry ringkas-ringkas jer tiba-tiba bos whatspp suruh siapkan kan gaji. Dia nak masuk sign, tak gelabah mana pun sebab awal-awal lagi dah ready cuma tak print out jer. hehe. Tapi bab tunggu dia masuk tu lama. Kan dok tengah taip-taip tiba-tiba dia masuk. Tak ke kantoi di buatnya..haha

Keychain dari Macau tu Cik Nor dapat dari seorang staf kontraktor yang membuat lawatan kilang ke sana. Cik Nor tak tahu pun dia ke sana sebab budak praktikal yang kerja satu pejabat dengan dia cakap dia bercuti. Pagi khamis tu dia datang pejabat sebab nak ambik dokumen yang telah ditandatangani. Tiba-tiba dia keluarkan keychain dari Macau ni. Masa tu lah baru Cik Nor tahu yang dia bercuti ke Macau. Untung la dia..tiket penerbangan dan semua keperluan dia ke sana ditanggung oleh pihak Daikin kalau tak silap Cik Nor.

Sempat la dia bercerita sepanjang berada di sana. Makanan halal kat sana mahal lah jugak. Kebab kat sana harganya RM35.00 untuk seorang makan. Manakala sekali makan nasi kat sana harga RM150.00. Korang bayang kalau macam Cik Nor ni 3x sehari makan nasi. Berapa nak kena spend duit kalau nak bercuti kat sana. haha. Berangan jer la Cik Nor, dalam Kelantan pun ko tak habis pusing lagi.hihi.

Terima kasih kepada si pemberi. Lain kali kalau ke oversea jangan lupa beli untuk Cik Nor lagi. hehe

Entry lain yang Cik Nor pernah dah ole-ole boleh baca kat  :

16 comments:

  1. sbb tu sy bw mknn dr sini ms ke sana dulu. dah lah payah nk cari mahal pula tu...sbb tums kat sn tetiba muncul idea nk buka resto halal kat sn😆

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Nor..dah lama x melawat Cik Nor kat sini..bestnya dpt ole-ole.
    Mahal bebenor makanan kat sana ya..K.sura ni x yah nak keluar negara..dalam negeri pon x abis pusing lagi..huhu

    ReplyDelete
  3. Waaa.. Ole ole dari jauh..
    Sama la macam adik kita pergi jepun ciknor.
    Makanan fia mak aihhh.. Camtu la mahalnya.
    Pergi pulak 8hari camtu.
    Dok makan maggi je mana tahan.
    Dengan cuaca sejuk lagi kan.
    Nak taknak kena jugak la beli maknan kat sana.
    Tapi memang mahal giler la.

    ReplyDelete
  4. wahhh...nieyl xde lagi keychain dari sana....:)

    ReplyDelete
  5. bertambah koleksi keychain cik nor.
    Mahalnya harga makanan kat sana. Kena masak sendiri la gitu

    ReplyDelete
  6. cantik ole2 tu. nanti kalau qekra jalan2 ke mana2 qekra belikan utk cik nor tau ;)

    ReplyDelete
  7. wahhhh.. seronok. kat ofis lama dulu selalu dpt ole ole camni :)

    ReplyDelete
  8. cantik, akk suka kumpul pemberian org

    ReplyDelete
  9. seronok kan bila dapat souvenirs.. boleh menceriakan hari2 kita =)

    ReplyDelete
  10. Seronok kumpul souvenir Kan.. kebab tu Mahal nau laa sampai rm35

    ReplyDelete
  11. best kan dapat hadiah atau ole-ole ni lagi2 dari oversea kan. boleh buat collection

    ReplyDelete
  12. Tu dia mahalnya.... terus terbantut nak ke Macau hahahha... Duk Malaysia sudah....
    Sure banyak koleksi keychain Cik Nor ek

    ReplyDelete
  13. Syoknya dapat ole-ole.. Lama tak dpt nih..

    ReplyDelete
  14. Lama dah tak dapat ole-ole dari oversea hihihi

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Rezeki Cik Nor..

    ReplyDelete