Kebaikan Memakai Stokin Ketika Tidur
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum...
Korang pakai stokin tak sebelum tidur? Mesti tak pakai kan? Macam Cik Nor nak cepat tidur, siap pakai losyen terus tidur. Malas nak fikir-fikir pasal stokin dah. Tambah-tambah musim panas sekarang ni lagi la malas nak cari stokin. Kadang-kadang tu selimut pun tak buka.haha
Korang tahu tak memakai stokin ketika tidur banyak kebaikannya. Kalau korang nak tahu, pemakaian stokin boleh membantu untuk tidur lebih cepat. Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan, pemanasan kaki sebelum tidur membantu otak anda memberi isyarat waktu tidur dengan jelas.
Namun, tidak semua daripada kita akan mudah untuk tidur, pasti ada dalam kalangan anda yang jadi 'burung hantu', walaupun dah berjam-jam di atas katil, mata tetap tak nak tidur! Kesannya, badan anda kurang bermaya untuk melakukan aktiviti pada keesokan hari kerana tidak dapat tidur yang berkualiti.
Sebenarnya, terdapat solusi yang boleh anda amalkan sebelum masuk tidur iaitu dengan memakai stokin! Pemakaian stokin semasa tidur boleh mengawal suhu dalaman tubuh.
Menurut kajian pada tahun 2007, orang dewasa yang memakai stokin jenis normal atau panas akan tidur lebih cepat. Ini kerana, suhu badan teras seseorang berlaku pada waktu malam dan ia akan mencapai suhu terendah pada sekitar jam 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tapi ia berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.
Sebenarnya, suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan oleh jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian ini akan mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.
Jadi, suhu badan akan meningkat secara beransur-ansur pada waktu siang dan memuncak pada waktu petang. Kemudian, suhu tersebut akan menurun pada waktu malam yang menyebabkan seseorang berasa mengantuk.
Apabila seseorang mula tidur, suhu badannya akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.
Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ia boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 darjah F.
Manfaat lain tidur memakai stokin
Manfaat lain tidur memakai stokin
1. Mencegah rasa panas: Sesetengah wanita memakai stokin untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.
2. Merawat tumit kaki: Memakai stokin selepas menyapu pelembap membantu menjaga tumit daripada kering.
3. Mengurangkan risiko serangan Raynaud: Penyakit Raynaud berlaku apabila bahagian-bahagian kulit yang terjejas, biasanya kaki dan jari, kehilangan sirkulasi dan mula berdentut atau membengkak. Jadi, memakai stokin pada waktu malam dapat membantu mencegah serangan, menjaga kaki supaya sentiasa hangat dan membantu peredaran darah.
Sumber dari google..hehe
Sumber dari google..hehe
Yer betul..kita pun ada masa pakai stokin gak..suka jenis yang berjari tu haaa hahahahaa
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian. good info :)
ReplyDeleteMrs. A pakai stokin time tidur kalau demam jer...hahahaaa...
ReplyDeleteLepas ni nak trylah tidur pakai stokin
aa ade btolnya. sebab biasanya mek jam 3 pgi akan letak bantal di kaki untuk hangatkan kaki. tapi rimas ler pulok kalau kena pakai stokin. kehkeh
ReplyDeleteAlamak...xpernah pula nieyl pakai stokin time tdo...
ReplyDeletetapi hari ini baru nieyl tahu kebaikan dan manfaat yg bagus tido pakai stokin...
kalau demam je selalu pakai.. hari lain, lupa. hihihi..
ReplyDeletetahu pasal pakai stokin waktu tidur..penah gak cuba tapi cam rimasss..hehe..nak kena praktik jugak ni..elok benornya pakai stoking time tidur..mak saya mmg jenis pakai stokin waktu tidur...
ReplyDeleteAi selalu nak amalkan pakai stokin masa tidur. Tapi bila time nak tido je terus lupa stokin.
ReplyDeleteJarang pakai cik Nor tp sesekali pakai jugaklah kalau sejuk.
ReplyDeleteSaya belum pernah pakai stokin kalau tidur, pakai socks saja kalau dingin... boleh cube ni lain waktu
ReplyDeleteDulu lepas preggy saya tidur pakai stokin sebab orang kata darah orang berpantang, syaitan suka. Diorang hisap ikut ibu jari kaki :P
ReplyDeleteTak pernah pakai stokin masa tidur
ReplyDeleteLagi satu, bole sapu dulu minyak lavender kat tapak kaki..then pakai stokin...mmmmm..lenaaa sampai pagi insya'Allah
ReplyDeleteAna skrg dah amalkan balik pakai stokin masa tidur. Selesa rasanya.
ReplyDeletealaaa !! kite rimas la CikNor.. macam mana ? tapi selalu tutup kaki dengan bantal.
ReplyDeletekalo stokin memang kenot goo..
sblm ni sy mmg rajin pakai stoking ms tidur tp since stoking tu hilang trs x pakai lg hehehe...btw opah sy dr muda smpi laa ni mmg pakai stoking bila tidur. kesan yg sy dpt lihat, bdn dia x bongkok mcm org seusia dia (umur dia dah 90) ada yg muda dari dia dah bongkok 3...
ReplyDeleteMemang tidur pakai stokin sebb terikut-ikut drama korea n jepun. tgk diaorg pakai stokin masa tidur. Selesa n sedar-sedar dah pagi :)
ReplyDeleteHehehe anyway setakat ni pakai stokin masa tdo dlm pantang jer cik nor .. masa lain2 kalau nak tdo tak penah pkai rimas la pulak hahaha.
ReplyDeleteKin setiap malam tidur pakai stokin xpakai xleh tido hahaaha
ReplyDelete