Perdana Street Food Janjikan Kelainan Setiap Tahun
Assalamualaikum...
Alhamdulillah tahun ni sekali lagi Cik Nor mendapat undangan ke Perdana Street Food yang dianjurkan oleh Hotel Perdana Kota Bharu. Kalau tak silap Cik Nor ini adalah tahun ke 3 penganjuranya. Perdana Street Food ini diteruskan kerana mendapat sambutan luar biasa dari warga Kelantan dan juga warga luar yang datang bercuti di Kelantan. Cik Nor sendiri pun berharap penganjuran Perdana Street Food ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Wah..panjang betul Cik Nor membebel kan. jom la kita cerita pasal Perdana Street Food ni.
Pada tahun ini banyak kelainan yang ditonjolkan terutama sekali bahagian makanan. Tahun ini sebanyak 16 gerai di sediakan dengan pelbagai menu yang boleh membuatkan korang telan air liur bila melalui setiap gerai yang disediakan. Konsep yang ditampilkan pada tahun ini ialah klasik dan elegan Wow..konsep pun dah meletop apatah lagi makanan yang disediakan. Pada tahun ini setiap masakan yang disediakan diketuai oleh Chef Ibrahim Abu Lasi.
Antara gerai yang menarik perhatian Cik Nor ialah gerai dessert dimana ia menyediakan menu yang boleh membuat pengunjung membuak-buak untuk menikmatinya. Menu yang disediakan seperti Ice Cream Roll, Cheese Cake Stick, Fried Bread Stik Ball, Puffle Cones, Tutti Fruity Yougurt dan Lady Fingers Tiramisu Cheese. Macam mana? Dengar nama pun terasa nak makan semua kan? Tu baru satu gerai, belum Cik Nor cerita gerai-gerai yang lain lagi.
Resepi tradisional melayu tidak dilupakan dimana gerai nasi lemak disediakan. Kali ini sambal nasi lemak di pelbagai dengan ada Sambal Sotong, Rendang Daging, Sambal Kerang, Paru Berlada dan Ayam Goreng Hot-Hot.
Manakala bagi peminat makanan Korea, menu dari Korea juga disediakan. Antara yang menarik perhatian Cik Nor ialah Fried Hot Prawn Ramen, Kimchi Fried Rice Prawn dan Kimchi Fried Rice Beef. Selain dari makanan Korea terdapat juga menu-menu lain yang boleh membuatkan korang terlupa diet korang. Antaranya Kway Teow Sotong Bakar, Char Kway Teow Sotong Bakar dan menu terbaru iaitu Char Kway Kak Sotong Bakar.
Bagi yang menggemari menu ala-ala Timur Tengah, Chicken Shawarma, Roti Tempayan (Kosong & Cheese) dan Lempeng juga disedia. Opps..Roti Tempayan dan Lempeng disediakan bersama Kari Ayam dan Kari Kambing. Tidak dilupakan untuk penggemar ikan bakar dan sotong juga disediakan. Dimata ikan-ikan yang dipilih dibakar secara live dihadapan korang. Ia disediakan dengan pelbagai variasi sos seperti Nyonya, Sambal Petai, Berempah dan Asam Pedas. Set ikan bakar dan sotong ini dihadirkan bersama dengan Nasi Lemak Bungkus, Air Asam Dan Cili Kicap.
Sedar tak sedar banyak juga menu yang Cik Nor sebutkan, ini yang terakhir kot.hehe. Nak sebut semua memang panjang meleretlah entry Cik Nor kali ni. Ini berita gembira buat peminat makanan barat. Ada Chicken Egg Boats, Lasagna Beef/Chicken, Chispy Chicken dan Jumbo Fried Sausages.
Opps...dah makan kenyang-kenyang minuman pula lupa nak bagitahu.Kali ini pelbagai variasi Milkshake dan Frappe seperti Chocolate Milkshake, Vanilla Milkshake, Mocha Frappe dan Cappucino Frappe. Huishh..dengar nama pun dah terliur apatah lain bila dah cuba. Mesti korang teringat-ingatkan?
Korang kalau tak terliur lagi dengan menu-menu yang Cik Nor sebuatkan kan atas tak tahu lah nak cakap apa. Cik Nor yang dah cuba ni masih teringat-ingat lagi rasanya yang betul-betul kena dengan citarasa tekak Cik Nor. Nampaknya nak kena repeat lagi ni sebab masa dia panjang lagi. Bermula pada 15 Mac 2019 dan akan berakhir pada 15 April 2019. Warga-warga Kelantan dan juga warga luar yang datang bercuti ke Kelantan jangan lupa untuk sama-sama menikmati menu tepi jalan tapi setaraf menu hotel 5 bintang.
Harga tak perlu tanya sebab mampu milik. Korang beli minuman dan makanan tak habis pun RM20.00. Tak percaya ke? Jom ala serbu Perdana Street Food. Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi :
Laman web : https://www.hotelperdanakotabharu.com/
Facebook : https://web.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : https://www.instagram.com/hotelperdana_kotabharu
Tel : 09-7458888
Fak : 09-7488855
tempat yang menarik (^-^)
ReplyDeletebestnya...memacam ada..tertarik ngan gambar2 menu yg cik nor share ni..ai cepat tergoda ngan dessert2 ni...
ReplyDeleteMenarik! Yaya kena turun Kota Bharu lah nampak gayanya.
ReplyDeletemenariknya makanan dia....
ReplyDeleteWow.. menu dia semua dasyat-dasyat.. memang best..
ReplyDeletepenah dok sini dua kali ehehe.. transit before ke Terengganu.
ReplyDeletewow dia tepi kolam cantik tu buat cemni. menarik =D
sedapnya weih !
ReplyDeletekalau dekat dah lama saya terjah... hehehehe
ReplyDeleteeeee cik nor makan tak ajakkkk
ReplyDeleteUi..dia punya dessert tu menggoda jiwa betulllll..
ReplyDeleteSuasana dia sesuai la kan buat kat luat macam tu baru terasa 'street food'.
ReplyDeleteNampok sedap belaka menu cik nor tu 😍
Sedap tengok menu wess doh las puasa ni hahaha dugaan
ReplyDeleteCik nor makan tak gajak kakya ponn
ReplyDelete