Aku Pernah Menjadi Doula
Assalamualaikum..
Bulan lepas ke main kecoh lagi pasal doula ni. Mula-mula tu ingat apa la doula ni. Rupanya peneman ibu yang mengandungi, yang bakal bersalin dan telah bersalin. Ini maksud sebenar Doula yang Cik Nor cari dekat google.
Pertamanya, perkataan ‘doula’ itu sendiri berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita”. Golongan ini telah pun wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif kepada para ibu yang hamil dan bakal bersalin.
Tugas doula di Malaysia
Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi:
- emosi
- pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)
- fizikal (secara sentuhan seperti urutan)
Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin.
Maksud tu tak tahu betul ke tidak sebab Cik Nor google jer. Kalau salah tolong betulkan yer. Berbalik kepada tajuk entry kat atas. Poyo jer Cik Nor ni dia pernah jadi doula. Padahal dia teman anak buah nak bersalin jer. haha
Kisah menjadi teman anak buah nak bersalinan ni dah lama sebenarnya. Cik Nor masa tu muda mudi lagi, sekarang ni muda kertu..haha. Anak buah berkahwin awal, terpaksalah makcik dia yang kena teman. Kakak Cik Nor a.k.a mak dia pulak tak boleh berjaya malam kerana ada penyakit darah tinggi. Tambahan pulak dia kerja pejabat mana boleh mengantuk kat tempat kerja. Kalau tak silap masa tu Cik Nor kerja sebagai kerani tapak pembinaan di Gua Musang. Kebetulan hari dia sakit nak bersalin tu jatuh hari minggu. Memang cantik sangat lah tu kan.
Dari hari dia daftar masuk ke wad bersalin sampai lah dia keluar wad sebab dah bersalin Cik Nor la yang teman. Dah macam Cik Nor ni tahu pasal bersalin.haha. Kalau ingat balik memang kelakar rasa. Mana taknya orang yang tak ada pengalaman pasal bersalinan tiba-tiba teman orang yang nak bersalin anak sulung. Cik Nor bukan buat apa pun, cuma teman masa dia nak ke tandas. Tak teman kan ada pulak yang bersalin dalam bilik air. hehe. Selebihnya Cik Nor serah pada nurse. Begitu jugak selepas bersalin, sampai keluar wad. Nak pegang baby pun takut.haha.
Part yang paling tak boleh lupa bila dah boleh balik. Anak buah tak lama dok hospital tu, dalam 2 hari jer kot. Hari dia masuk wad tu memang dia dah rasa nak bersalin dan tengah malam ke pagi macam tu dia dah bersalin. Esok paginya anak dia dah membuang dan dibenarkan balik. Tapi yang sengsaranya Cik Nor la tak dapat tidur dengan tenang. Rasanya tak tidur langsung kot. Balik rumah Cik Nor bantai tidur tak ingat dunia.Dah macam tak tidur sebulan. haha. Orang datang melawat baby pun Cik Nor tak sedar. Dah la kena tidur kat luar sebab kat dalam bilik Cik Nor bau bangkai. Mungkin ada tikus mati dalam siling rasanya.
Itu lah pengalaman Cik Nor menjadi peneman tidak bertauliah kepada ibu yang hendak bersalin. hihi. Itu yang pertama dan terakhir kot jadi peneman. Diri sendiri tak tahu bila nak bersalin. kihkih.. Jodoh oo jodoh..dimanakah awak?haha
Korang ada pengalaman tak menjadi peneman orang nak bersalin?
insyaallah.. jodoh ada lambat atau cepat ja.
ReplyDeletedoula doli cikebom cikebom, :)
viral terus ayat ni kan, doula doli cikebom cikebom
Deletehahahahaha ^_^
Hebat Cik Nor ade pengalaman jd doula. Kalau pengalaman bersalin memang suami jela jd doula, tak payah nak upah2.. hehe.. jodoh cik nor tu, insya allah ada.. janji allah itu pasti..
ReplyDeleteCari pengalaman namanya Cik Nor, nanti tiba masa sendiri, dah tau nak buat apa..hehehehe kalau dah jodoh tak ke mana Cik Nor hehehe
ReplyDeletekucing kalau nak beranak pun mesti cari kucing lain sebagai peneman. Tu kira doula jugak ke? hihihi
ReplyDeleteBagus ni jadi kenangan dan pengalaman sekaligus.. 😍
ReplyDeleteermmm....adaa....tapi kucing yang bersalin...hahahhaha
ReplyDeleteingatkan cik nor benar-benar jadi dola doli tadi hehe :)
ReplyDeleteKenangan tu ciknor.. bukan semua orang berpeluang
ReplyDeletealaa doula ni... br temankan sehari dah x tahan mengantuk mcm mn laa nk jd doula bertauliah nnt hehehehe #gurau
ReplyDeletekenangan tidak boleh dilupakan tu -- peneman org bersalin cover tido sungguh222 - mencuit hati di buatnya - satu pengalaman juga tu
ReplyDeleteahahhaha doula eh..bagus CikNor
ReplyDeleteAhahaha..ingatkan Cik Nor teman masuk labour room. Tak baik tau tipu :D
ReplyDeletesetakat ni tak pernah lagi jadi doula hehe.
ReplyDeleteoo..dia pun penah experience jadi doula..kemain tau..kita pun baru tau pasal wujudnya doula ni pasal kes doula2 ni bulan lepas..hot betul...kalau saya nak bersalin nnti, pilih mak/husben atau family member yg jadi doula..na mo la org tak kenal...dah la kena bayar..haha..kita bukan orang ada2...
ReplyDelete