Kecantikan Dalaman Bermula Dengan Safi Fair Beauty
Assalamualaikum...
Zaman sekarang ni semua orang nak cantik tak kira luar atau dalam. Tambah-tambah pelbagai produk kecantikan dipasaran bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi satu jer korang kena ingat, hati-hati dalam membuat pemilihan produk tak kira kecantikan luaran atau dalaman. Silap pilihan korang yang merana nanti. Bukan setakat rosak kulit siap pakej kena penyakit lagi. huhu.
Sejajar dengan perkembangan pesat industri kecantikan dalam Malaysia, Safi telah mengeluarkan minuman kolagen yang dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan. Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi.
Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre makmal produk Halal terbesar di dunia dan pengeluar terkemuka dengan Amalan Pengilangan Baik (GMP), disahkan dengan MesTI, berstatus BioNexus. Produk ini diperakui HALAL oleh JAKIM.
Mengapa Korang Perlu Minum SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen??
- ~ Dihasilkan oleh inovasi kecantikan halal yang berkualiti tinggi dalam memenuhi impian para wanita memiliki raut wajah menawan dan kulit muka yang sihat melalui rutin penjagaan kulit muka menyeluruh bermula dari dalaman
- ~ Disahkan HALAL oleh JAKIM
- ~ Kolagen Ikan terhidrolisis (HFC/Hydrolyzed Fish Collagen) dari sumber kolagen ikan berasal dari Ikan lautan. HFC mempunyai kandungan protein yang tinggi, larut air dan tidak berbau, lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan
- ~ Kombinasi manfaat nutrisi kecantikan Beri Acai di dalam minuman kecantikan ini bukan sahaja membantu penghasilan kolagen, ia juga menjadikan tona kulit lebih cerah, sekata dan lebih halus
- ~ Rasanya yang sedap dan boleh diminum bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran korang sebab kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius
SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen ini juga merupakan pemangkin atau sahabat baik (BFF) kepada produk penjagaan kulit seperti Safi Balqis, Safi Gold Rania dan produk-produk penjagaan kulit wajah Safi yang lain. Kiranya minuman kolagen Safi ni akan memberikan ransangan kecantikan dari dalaman supaya memacu kecantikan luaran seseorang itu. Ini disebabkan kandungan kolagen di dalam minuman tersebut dapat membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Selain itu jugak kolagen juga merupakan infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.
Apakah Kandungan Nutrisi SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen
Marine Collagen (Kolagen Marin)
· Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah
· Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir
Silk Peptide (Peptida Sutera)
· Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit
Acai Berry & Vitamin C
· Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit
Korang tak perlulah nak tunggu umur semakin berusia atau nak tunggu tanda penuaan serta kekusaman kulit tu muncul kat wajah baru susah payah nak merawat. Kalau dah jadi macam tu agak sukar juga lah nak merawatnya semula Korang jangan tak tahu minuman kolagen ni boleh diambil seawal usia 25 tahun yer.
Cara pengambilannya :
Korang cuma minum sekali sehari (1 paket) sahaja, 1 ke 2 jam sebelum tidur kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidur. Kalau nak lagi cepat berkesan korang boleh sapukan krim malam Safi sebelum tidur supaya kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen manakala 1 sudu (15g) serbuk SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen mengandungi 3,000mg kolagen. Suka tak? Mesti kulit korang cantik dan sihat lah lepas ni.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, boleh dapatkan di laman web rasmi SAFI di www.safi.com.my atau di social media SAFI
Korang nak tahu produk-produk Safi yang ada, baca sini :
Wahhh.... Bestnya Safi dah ada minuman kolagen... Mesti sedap kan rasanya tuh
ReplyDeleteSedap tak cik nor? Huda ada minuman kolagen brand XXX, tak sedap..ingat nk try safi ni la..
ReplyDeletewaah Safi ada product baru eyh ? da mula ada supplement. kalo rasa berry2 ni sukala nak makan. janji xde rasa susu susu hehe..
ReplyDeleteWaaaa Safi dah ada minuman kolagen pylak yerr...bagus betul ni ...
ReplyDeleteNak rasa jugak la.. Biasa kalau keluaran safi ni selamat digunakan..
ReplyDeletesedap sangat tu nampaknya...
ReplyDeleteAmboi cik nor.. Ptt nmpk makin berseri.. Luar dalam kesihatan kulit jaga.. Curlass tau..
ReplyDeletewahhhh safi dah ada minuman pulak! eh macam sama komen dengan sis lin..hahahaha
ReplyDeleteWah baru tahu safi ada keluar produk baru pulak
ReplyDeleteMacam.best jer ni ..produk baru Safi yang ni kakya belum tgk lagi kat oasaran stakat ni .
ReplyDeleteMESTI best produk ni
ReplyDeletecantik packaging warna purple. sekali pandang dah mampu buat orang tertarik!
ReplyDeleteMesti sedap kan.. lama tak consume kolagen. Rasanya nk kena beli safi nie..
ReplyDelete