Bagaimana Banyak Syarikat Boleh Jimat Sehingga Melalui WD-40
Penyelenggaraan dan pembaikan – ini adalah antara perkara yang tidak dapat
dielakkan oleh pemilik bagi memastikan peralatan mereka dalam keadaan baik dan
berfungsi. Begitu juga situasinya bagi syarikat.
Malah, untuk mempunyai
peralatan atau mesin yang digunakan berada pada tahap optimum, penyelenggaraan
khususnya, adalah sesuatu perkara penting yang tidak boleh abaikan oleh
syarikat. Ini kerana kerosakan akan mengganggu produktiviti dan menyebabkan
kehilangan perolehan (apabila penghantaran pesanan pekerjaan ditangguhkan), dan
dalam sesetengah kes, syarikat boleh kehilangan pelanggan. Kerosakan juga mungkin
boleh menyebabkan tuntutan dari segi undang-undang jika ia telah melanggar
kontrak.
Dalam erti kata lain,
kerosakan menyebabkan kos yang mahal, dan mungkin mendorong syarikat ke arah kerugian.
Pembaikan – pula termasuk penggantian baru - sama ada ia tidak murah dan barangkali
menyumbang kepada kelewatan dalam pengeluaran, oleh itu mereka perlu memastikan
kerosakan itu pada tahap minimum.
Satu-satunya cara untuk
memastikan kedua-duanya, iaitu pembaikan dan penggantian berada pada tahap minimum
adalah dengan membuat penyelenggaraan berjadual serta lebih baik dilakukan secara
berkala. Melalui pembantu yang boleh diharap dan dipercayai seperti Produk
Pelbagai Guna WD-40®, ia dilihat telah membantu banyak syarikat selama bertahun-tahun bagi
menangani situasi seperti ini.
Turut dikenali sebagai ‘Tin
dengan beribu kegunaan’, Produk Pelbagai Guna WD-40® telah membantu pengguna
dalam pelbagai bidang dan industri, seperti pembinaan kapal, sektor tenaga
angin, keretapi, percetakan, perlombongan, pertanian, dan penyelenggaraan umum
peralatan elektrik dan pneumatik – serta pelbagai lagi.
Produk ini adalah jenama yang
dipercayai dalam penyelenggaraan mesin kerana ia melindungi logam daripada
karat dan hakisan, membebaskan benda yang tersekat atau beku, menghilangkan kelembapan,
dan berfungsi sebagai pelincir bagi hampir semua benda, yang membuatkannya hebat
untuk mengurangkan geseran dan memanjangkan jangka hayat peralatan.
Dan disebabkan ia
menghilangkan kelembapan, produk ini cepat mengeringkan sistem elektrik untuk
mengelakkan daripada berlakunya litar pintas. Ia juga menghalang hakisan bateri
dan membantu untuk menghidupkan enjin ketika basah. Selain itu, ia juga memberi
pembersihan yang berkesan bagi gris dan kotoran degil, manakala formula bukan
aerosolnya juga memudahkan pelekat ditanggalkan.
Ciri-ciri - dan reka bentuk
pintarnya yang terdapat dalam produk ini, termasuk straw fleksibel yang
disediakan – menjadikannya pembantu yang hebat dalam pemasangan dan penyelenggaraan
peralatan dan barangan, serta memberi perlindungan kepada semua jenis gear dan
bahagian enjin daripada berkarat, melonggarkan skru yang ketat, serta membersihkan
dan melincirkan bahagian yang sukar dicapai.
Dalam proses pembuatan yang
dipanggil pengacuan, sebagai contohnya, Produk Pelbagai Guna WD-40® juga menyediakan pembersihan
dan penyelenggaraan cetakan anti-karat yang berkesan dan mudah, serta memanjangkan
hayat perkhidmatan peralatan terbabit. Ia juga digunakan sebagai ejen pelepas
untuk acuan plastik tertentu, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan
mengurangkan prosedur teknikal, yang menjimatkan penggunaan tenaga manusia dan
bahan yang digunakan.
Terdapat banyak sebab mengapa
tin kecil biru dan kuning ini, dengan formula asalnya dicipta sejak 66 tahun
yang lalu iaitu pada tahun 1953, kekal sebagai produk penting yang perlu ada di
setiap garaj dan kotak peralatan anda, sama ada di kalangan penyelenggara profesional
mahupun amatur.
WD-40® juga
mempunyai rangkaian siri pakar dan produk siri automotif untuk memenuhi
keperluan khusus dan tugas berat industri bagi setiap situasi yang berbeza.
Untuk
mengetahui bagaimana Produk Pelbagai Guna WD-40®
atau barisan produk pakarnya boleh membantu dalam perniagaan anda atau memudahkan
kehidupan anda, boleh terus melayari https://wd40.asia/.
lupa sokmo nk beli WD40 ni
ReplyDeletebanyak betul kegunaan WD-40 ni ya!
ReplyDeletebyk kegunaan WD-40
ReplyDeletebtol-btol. sebotol pelbagai kegunaan.
ReplyDeleteTulah time bersihkan dapur gas Sabtu lepas teringat kat WD40 ni sebab kotoran atas dapur tu susah nau-nau tanggalnya hahahaaaa....
ReplyDeletebukan 'ramai syarikat' cik nor tp 'byk syarikat' ;-) ramai merujuk kpd benda hidup spt manusia
ReplyDeletehaha..tq anies btl kan.cik nor pun xperasan..entry c&p..haha..larikkk
Deletekarat2 menghalang banyak pergerakan mesin dan besi.. elok sangan WD 40 nie
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeleteSenang kalau ada WD40 ni. Kerja pun menjadi semakin mudah
ReplyDelete