Resepi Kuih Bom
Sumber gambar dari google
Resepi Kuih Bom Inti Kacang Hijau
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut (kalau ramai nak makan boleh buat lebih)
2 sudu besar tepung gandum (ikut sukatan tepung pulut yang kita guna, tak boleh letak lebih takut keras)
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air (boleh agak-agak semasa mengadun)
Bijan secukupnya - untuk salut
Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh
dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di
tangan. Jika terlembik, boleh tambah sedikit tepung beras pulut sehingga ianya tidak melekat pada tangan.
Inti Kacang Hijau:
250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/gula melaka
1 cawan gula pasir (ikut kemanisan yang kita mahu)
3 sudu besar tepung pulut
Cara membuat Inti:
Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. Masukkan gula melaka dan gula kacau rata dan biarkan hingga kering (lebih kurang macam nak buat bubur kacang hijau tapi yang ni tak masukkan santan).
Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Jangan lupa masukkan tepung pulut supaya inti tidak terlerai. Bila sudah sejuk bolehlah dibentuk bulat-bulat untuk memudahkan kerja membalut doh bersama inti.
Cara membuat kuih bom:
Sapu
sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan
inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi. Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.
Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali tekan-tekan perlahan-lahan dengan tangan agar bijan yang tidak melekat lebih kuat..
Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali tekan-tekan perlahan-lahan dengan tangan agar bijan yang tidak melekat lebih kuat..
Goreng
kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit
permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam
kuali sehingga agak kekuningan. Jangan goreng terlalu lama, takut nanti meletup.
Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom (jangan simpan terlalu lama takut dohnya menjadi masam).
Perghhh memang kebabommm kuihnya bom nyaa..
ReplyDeleteSekarang memang agak susah nak cari kuih bom gini...ada pulak jual kemainlah liat beno huhuhy
nieyl suka inti kelapa tu cik nor...
ReplyDeletekuih feveret ni, tapi tak pernah buat..beli je..hihi
ReplyDeletepernah buat sekali mujur jadi lama doh x buat hahaha
ReplyDeletesedapnyaaa cik norrr...kita tak pernah makan yang inti kacang ijau!
ReplyDeleteSedapnya buat kudapan minum petang..
ReplyDeleteMrs. A suka kuih ni tapi mestilah inti kelapa inti lain-lain tak suka sangat.
ReplyDeleteTapi tak panggil kuih bom panggil kuih bijan.
sy baru tahu belah pantai timur inti kuih ni kacang hijau / merah. kalau belah pantai barat inti kelapa
ReplyDeleteCik Nor, Diah pon dah buat kuih ni..suke..tapi xletak kelapa sebab xde aritu..
ReplyDeleteyang ni feveret ni..
ReplyDeleteinti kacang
kalau inti kelapa tak suka..huhu
Baru buat kuih bom hari tu.
ReplyDeleteAntara favorite kuih melayu yang ana suka. Boleh makan 5 biji sekali jalan. Hehe.
ReplyDeleteOh..nama dia kuih bom inti kacang hijau, yang selalu makan panggil kuih bom tu inti isi ikan dengan takde bijan..
ReplyDeleteSemalam bru beli kuuh bom cik nor... tp inti dia kacang merah. Sedap.... banyak versi kan ada inti kelapa jugak
ReplyDeleteSedap kuih bom, kalau nak makan mmg beli sbb kita tak pandai buat kuih.. hehe
ReplyDeleteMcm x susah.. beh Cuba la nanti
ReplyDeletesaya panggil kuih ni, kuih onde-onde
ReplyDeleteDulu tok duk jual kuih ni, jadi hari-hari dapat makan
kitee suka sebab suka bijan. tapi inti kacang ijo tak suka.
ReplyDeletesuka kelapa n kacang merah ja.. hahaha dasar memilih !!