Breaking News

Souq Ramadan @ Hotel Perdana Kota Bharu Berbaloi Ke?


Assalamualaikum.

Pada 30 Mac 2018  (Isnin) Cik Nor dan rakan blogger KBBA9 memenuhi undangan dari Hotel Perdana Kota Bharu sempena Souq Ramadan@ Perdana.  Souq Ramadan pada tahun ini bertemakan menu tradisi kampung dan juadah ala Timur Tengah.

Souq bermaksud pasar atau bazar dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian Iftar Ramadan pada 2018 kali ini menyajikan lebih dari 185 sajian dari seluruh Malaysia termasuk menu pilihan dari Timur Tengah. Kumpulan Chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi akan menyediakan menu bufet yang menyelerakan dengan menu yang berbeza setiap hari dan akan dihidangkan secara bergilir-gilir untuk 6 hari pusingan.


Nasi Mendy Kambing

Nasi Mendy Kambing

Souq Ramadan menyediakan 13 minuman sejuk dan jugak 2 jenis minuman  panas. Pilih Sahaja air apa yang korang mahu. Air jagung, air bandung, air keladi, air soya, air oren dan bemacam-macam lagi. Jangan korang minum semua sudah lah yer, Cik Nor tak bertanggungjawab. Hehe

Pilihan Minuman Sejuk

Pilihan Minuman Sejuk

Pilihan Minuman Sejuk

Sebelum terlupa menu wajib Souq Ramadan iaitu Kambing Panggang juga turut disediakan. Semasa kami memenuhi undangan ini Kambing Panggang masih dalam peringkat penyediaan. Tidak ketinggalan 5 masakan kawah turut disediakan seperti Kari Kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging, Kari Kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda.

Menu Pilihan

Masak Lemak Perut Dengan Rebung

Lo Hon Chai

Menu Pilihan

Kari Sotong Dengan Nenas

Menu Pilihan

Rasa macam tidak lengkap menu berbuka tanpa adanya kerabu. Tak kira lah kerabua apa janji kerabu keran kerabu ini pelengkap hidangan bagi orang Kelantan. Betul tak korang? Oleh yang demikian Souq Ramadan menyediakan pelbagai jenis kerabu. Antaranya, Kerabu Mangga, Kerabu Betik, kerabu Jantung Pisang dan macam-macam lagi

Kerabu Jantung Pisang

Kerabu Perut

Kerabu Betik

Kerabu Mangga

Bagi penggemar sup, Souq Ramadan tidak melupakan korang. Mereka menyediakan pelbagai jenis sup termasuk Ho Soup iaitu Sup Torpedo. Apa itu sup Torpedo? Korang kena datang sendiri ke Souq Ramadan @ Hotel Perdana Kota Bharu untuk merasai kelainan dan kelazatan sup ini. 

Sup Daging & Sup Perut

Sup Belut & Sup Terpedo

Selain dari menu-menu diatas yang menjadi signature untuk Souq Ramadan kalai ini terdapat pelbagai pilihan menu yang boleh membuat korang buntu untuk memilihnya. Semua menu-menu yang disediakan memang menyelerakan dan memikat perut korang semua. Tak percaya jom kita tengok apa menu-menu tersebut.

Opss.. sebelum terlupa hidangan pencuci mulut yang beraneka jenis dan lazat turut disediakan. Jangan ketinggalan untuk makan kuih akok panas-panas kerana hidangan ini akan disediakan secara live didepan korang. Pelbagai pilihan kek dan kuih muih tradisional melayu turut disediakan di Souq Ramadan.
Kebab Ayam

Masakan Kawah

Talam Keladi

Kuih Lapis

Tapai Ubi Kayu & Kuih Ketayap

Kuih Koci Pulut Hitam & Kuih Koci Biasa

Kek

Kek

Beraneka Kek & Kuih Muih

Beraneka Kek & Kuih Muih

Beraneka Kek & Kuih Muih

Beraneka Kek & Kuih Muih

Beraneka Kek & Kuih Muih

Tapai Pulut

Kuih Cara Berlauk

Beraneka Kek & Kuih Muih

Kuih Talam Pandan

Menu Pilihan

Colek Buah


Lok Ching


Mak aii..tengok gambar dah terliur, apa lagi kalau dah cuba. Buat korang yang berada di Kelantan atau yang datang bercuti ke Kelantan pada bulan puasa ini jangan ketinggalan untuk sama-sama berbuka di Souq Ramadan @ Hotel Perdana Kota Bharu. Souq Ramadan ini bermula dari 2 Ramadan sehingga 29 Ramadan.  

Souq Ramadan ini menawarkan harga yang amat murah dan berbaloi iaitu RM85.00 nett dan diskaun 50% akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Memang betul-betul berbaloi harga yang ditawarkan kerana menu yang dihidangkan lebih dari 185 sajian. Memang rugi kalau peluang ini dilepaskan. Selain dapat makan makanan yang sedap dan menyelerakan setiap pembelian baucer akan disumbangkan kepada rumah kebajikan yang terpilih dan orang kurang berkemapuan.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi :
Tel : 09-7458888
Fak : 09- 7588855

Atau lawati :

Website :http://www.hotelperdanakotabharu.com
Facebook : https://facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu

7 comments:

  1. uiiiii banyaknyaaaa pilihannnn mmg boleh rambang tgk semua sedap2 belaka...

    ReplyDelete
  2. wahhhh banyaknya makanan..rambang mata nk makan ni

    ReplyDelete
  3. Makanan tu nampak semua sedap..kalau ada harga early bird mesti berbaloi ni

    ReplyDelete
  4. sedpnya semuaa..tak tau nak pilih mana kalau berbuka puasa ni..hahaa

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap semua menunya..berbunyi dah perut ni

    ReplyDelete
  6. uiii sedapnya kuih muih diaaaaa

    ReplyDelete