Bila Kawan Hargai Kawan
Assalamualaikum
Malam tak idea la pulak nak menulis tentang apa tapi hati tetap juga memberontak nak menulis sesuatu di blog. Godek-godek gambar kat dalam gallery tab jumpa pulak gambar hidangan KFC ni. Lama juga tak makan KFC ni, nasib ada orang sudi belanja kita. hihi. Siapa? Rahsia..haha
Tak ada maknanya rahsia, housemate Cik Nor yang belanja tu. Dia bagi upah sebab hantar dan ambil dia tak stesyen bas. Cik Nor jenis tak kisah, kalau Cik Nor ada kat rumah sewa Cik Nor boleh tolong. Kalau tak ada harap maaf la. huhu
Al-kisahnya begini, seminggu sebelum tarikh mengundi housemate Cik Nor dah tanya boleh hantar tak dia ke stesyen bas. Dia nak balik mengundi. Mula tu ingat tak jadi balik, sebab dia tak cakap apa-apa. Bila tanya eh nak balik la pulak dia. Nasib tanya kalau tak mencari la masak la dia cari orang nak suruh hantar ke stesyen bas. Bas dia pukul 9.15 malam tapi Cik Nor tinggal jer dia kat stesyen bas sebab Cik Nor nak balik kampung. Ada kawan nak menumpang Cik Nor balik. Tu yang nak kena cepat.
Ingat dapatla sampai awal, sekali tengok jem sepanjang jalan. Alahai penangan PRU14. Nak tak nak pukul 11.30 juga la sampai ke rumah. Dah macam pesta masa ontheway balik tu, dengan setiap parti bermacam-macam cara nak menangi hati pengundi. Masa mula-mula tengok tu rasa macam takut jugak la tapi bila lah lama macam pesta pulak. Ye lah malam terakhir sebelum mengundi esoknya.
Kejutan demi kejutan berlaku pada pilihan raya kali ini. Tak sangka pula dapat cuti 5 hari, hampir terlupa housemate balik hari ahad. Nasib teringat awal, sempatla contact dia. Confirm dengan dia bila nak balik. Fuhh.. selamat..kalau tak menangis dia kat stesyen bas kalau Cik Nor tak ingat. Cik Nor kalau tak kerja selagi tu melepak jer kat rumah.hehe
Betul lah orang kata, kalau kita permudahkan urusan orang lain maka Allah permudahkan urusan kita. InsyaAllah. Oleh itu, sekiranya seseorang yang kita kenali meminta pertolongan, bantu lah mereka seandainya kita mampu.
bestnya ada kawan macam cik nor.sama senang dan sama susah..seakrang ni banyak jenis kawan makan kawan
ReplyDeleteinshaAllah, best dapat makan kepci pree :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki jangan ditolak kan CikNor? Sedap tu KFC, feveret kitorang satu family
ReplyDeletebaik tul cik nor siap tnye kt mber blik bila..ptut dia yg ingatkan cik nor..huhu
ReplyDeletexpe,buat baik dgn org mn yg kita mpu kan.. =)
rezeki jgn ditolak kannnn ;-)
ReplyDeletenasib teringat nak ambil, penangan cuti lama :P
ReplyDeleteBulan puasa ni kena puasa makan ayam. Kfc hahaha. .
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Perbuatan baik dibalas baik..
ReplyDelete