Breaking News

Selamat Hari Pekerja 2018


Assalamualaikum..

Selamat hari pekerja buat semua pekerja diseluruh dunia. Selamat bercuti juga buat korang semua dan yang tak dapat bercuti tu selamat dapat bayaran yang tinggi sebab kerja dihari cuti umum. hehe. Cik Nor pantang dengar cuti laju jer. Biasalah orang yang jarang ambil cuti tahunan macam Cik Nor ni kalau ada cuti umum memang rasa terlepas bebanan.tak gitu korang?

Di sebalik cuti sempena hari pekerja ni ada cerita lawak juga la. Semalam Cik Nor ada food review kat Hotel Perdana. Entry food review ni akan menyusul tak lama lagi. Cik Nor terima whatsapp dari engineer baru Cik Nor tanya esok cuti ke tak? Eh macam pelik pulak dia tanya macam tu. Dah kata hari pekerja mesti lah cuti. Then dia cakap, bos tak cakap pun esok cuti. krik2 sekejap Cik Nor. Lurusnya ko wahai engineer baru..haha

Sampai rumah terima panggilan telefon dari pelukis pelan perempuan tanya perkara yang sama. Adoii..korang ni kenapa, slow sangat. Dah nama hari pekerja, cuti jer la tak payah nak tanya-tanya lagi. Cik Nor cakap apa, esok tak kerja. Kalau nak pergi kerja boleh tapi tuntutan kerja lebih masa tak dibayar. haha. Hah..dah rajin sangat nak kerja, pergi jer la macam biasa. Cik Nor tak mahu buat amal.hihi

Selang beberapa minit lepas tu terima whatsapp lagi dari pelukis pelan lelaki pulak. Tanya esok kerja ke tak? Ni seorang lagi. Kan aku cakap kerja ada jugak yang pergi kerja walaupun hari cuti.haha. Jangan bimbang Cik Nor baik lagi, tak buat dajal lagi setakat ni.hihi. Tak tahu la kot sikit-sikit lagi Cik Nor buat. eh Tak ada lah, gurau-gurau jer la.

Macam-macam perangai staf tempat kerja Cik Nor ni. Hari cuti pun nak kerja ker? Cik Nor dengan member sorang lagi tak payah tanya la. Tiap-tiap bulan memang check cuti umum. Pantang ada cuti mesti tengok jatuh hari apa. Haha. Kalau jatuh hari ahad atau hari khamis memang hip hip horray la. hihi.

Kat tempat kerja korang ada tak staf macam staf tempat kerja Cik Nor ni? Jom kongsi.

2 comments:

  1. cerita cik nor lbh krg sm mcm cite seorg blogger tu hahaha

    ReplyDelete
  2. Agaknya lepas ni ciknor boleh buat group whatsapp cuti untuk budak opis kot, senang diorang nak alert..haha

    ReplyDelete