Breaking News

Bila Ko Dapat Hadiah Idaman


Assalamualaikum..

Dah lama juga Cik Nor tak merapu kat blog ni. Dok kongsi resepi dengan kuih tradisional Kelantan jer. Malam ni terasa ada idea nak updates blog. Idea pun dah datang mencurah-curah ni. Eh, macam menipu jer Cik Nor ni. Haha. Berbalik kepada tajuk entry, macam best jer cerita disebaliknya.

Sebelum puasa blogger Lea Azleeya ada buat Giveaway dan war-warkan dalam facebook. Cik Nor saja-saja komen kat status dia. Cik Nor tanya senang ke susah giveaway ni. Dia jawab senang jer, macam makan kacang goreng jer. Bila dengan macam tu, apa lagi terus terjah blog dia tengok syarat-syaratnya. Ternyata memang senang dan tengok hadiahnya, wow sangat.

Cik Nor terpandang salah satu hadiah yang ditawarkan iaitu Sambal Garing Che Noor, eh sama pulak nak kita. hihi. Memang dah lama idamkan nak cuba sambal tu cuma tak berkesempatan nak cari pengedarnya. Bila tengok sambal tu memang dah niat dalam hati nak menang hadiah tu. Berangan jer la dulu, dapat tak dapat kemudian cerita. Betul tak?

Entry giveaway tu kat SINI.  Tak perasan pulak Lea buat pengumuman keputusan, sekali blogger Ekin whatsapp suruh tengok senarai pemenang. Kita pun apa lagi lelaju tengok keputusannya. Alhamdulillah.. Cik Nor menang hadiah yang diidamkan.  Ye lah asyik dok dengan orang cerita jer Sambal Garing Che Noor ni sedap la, itu lah, ini lah. Haishh memang tak boleh jadi ni, kena pasang niat nak menang hadiah ni. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui isi hati hambaNya ini. Masa Lea pilih nama blog Cik Nor dapat Sambal Garing Che Noor ni. Masa tengok tu memang teruja sangat. Malam tu jugak terus bagi detail kat Lea untuk pengeposan hadiah. Tengok betapa gelojohnya Cik Nor kat situ. haha

Apa-apa pun terima kasih kepada Kak Atie sebab bagi hadiah di kat Cik Nor. Dapat la Cik Nor buat makan sahur bila tiada selera. hehe. Ternyata Sambal Garing Che Noor ni memang sedap dan membuka selera. Rugi sangat-sangat kalau korang tak cuba. Kalau nak cuba boleh hubungi 

Atie Zainuddin - 019-4732728

Cepat order, sedap makan dengan nasi panas-panas ni. Tak ada lauk lain pun tak apa.  Cik Nor dah cuba, korang bila lagi?

7 comments:

  1. Ini memang sedap ..kita kalau jumpa mesti beli..lagi satu yang kentang sambal tu, tu pun sedap...

    ReplyDelete
  2. Sedap ni ciknor jadi pembuka selera

    ReplyDelete
  3. salam cik nor..
    wahh thniah..smbal garing ni mmg sedap.yaya da rs da..
    tp jap...ni bukan cik nor ke yg buat? sambal garing che nor...
    hehehehe =p

    ReplyDelete
  4. cik nor mkan sambal che nor hehheheh sedap kan,mak mertua beli kat petronas menantu dia tukang habiskan hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Selalu tengok kak Atie pos dalam fb dia pasal sambal ni tapi tak pernah cuba lagi. Macam sedap pulak nampaknya lepas baca ni..

    ReplyDelete
  6. hehe ingatkan CikNor berbisnes dalam diam diam hehe.. sambal goreng nasi panas perrgh jalan..

    ReplyDelete