Resepi Gerodok Telur
Resepi Gerodok Telur
Bahan-bahannya:
1. 250 ml pati santan - dari 1 biji kelapa (nak guna santan kotak pun boleh)
2. 125 g gula Melaka - dihiris nipis-nipis (ikut tahap kemanisan yang korang mahu)
3. 5 biji telur
4. 2/3 helai daun pandan
5. 1/2 camca garam
6. Sedikit minyak
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan ramas sehingga gula Melaka hancur.
(Nota : Jangan guna pemukul telur). Kacau perlahan-lahan.
2. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang yang korang inginkan dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
3. Sedia untuk dihidangkan.
First time dengar pasal kuih..
ReplyDeletesedap juga sesekali dapat tu ciknor
ReplyDeletemacam akok ke ni CikNor ? first time dengar nama kuih ni..
ReplyDeleteOh sedap ni..tapi nama kat sini panggil lain, tapi tak ingat namanya apa :D
ReplyDeletebuat x nk tp nk beli hahahaha
ReplyDeletegerodok?
ReplyDeletecamne tu rasa nyer?
puding ke?
Macam sedap la pula.. esok nak cari la
ReplyDelete