Breaking News

5 Resepi Kerabu


1. Kerabu Mangga

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda-hiris halus panjang
  • 3 biji bawang merah-hiris2
  • 1 batang serai-hiris2
  • 3-4 cili api-hiris2 (nk kurang or lebih, ikut suka)
  • 1 cili merah-hiris
  • sedikit belacan (optional)
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 biji limau nipis-ambil jus
  • 1 biji tomato-hiris nipis
  • 1 sudu kecil gula
  • 1-2 tangkai daun ketumbar-potong halus
  • garam n serbuk perasa jika suka

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campur rata semua bahan dan hidangkan.

2. Kerabu Perut
Bahan- bahan:
1/2 kg perut lembu telah direbus
  • 2 batang serai | mayang halus
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 1/2 batang bunga kantan | mayang halus
  • 1 biji buah tomato | potong kecil
  • 10 biji cili padi | mayang halus
  • 1 biji limau nipis | perah jusnya
  • Cuka secukup rasa
  • Sos ikan/sotong secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
  1. Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
  2. Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi dan tomato.
  3. Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
  4. Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
  5. Sekali lagi gaul rata.
  6. Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.



3. Kerabu Pucuk Paku

Bahan-bahan: 

200 gm pucuk paku                - direbus dan ditos 
1 tangkai cili merah                - dihiris halus 
2 tangkai cili padi                    - dihiris 
4 labu bawang merah            - dihiris
1 batang serai                          - dihiris 
2 camca besar santan pekat 
½ cawan Isi ikan rebus 
1 biji limau nipis 
¼ camca teh Lada hitam 
 
 
Cara-cara membuat:

1. Hancurkan isi ikan rebus, campurkan dengan bahan hiris dan gaul sebati.  Masukkan santan dan pucuk paku yang telah direbus.
2.  Masukkan lada hitam, garam dan  gula serta perah sedikit limau nipis kemudian digaul sebati. Siap.



4.  Kerabu Campur

Bahan-bahan:

1. Beberapa jenis daun kayu seperti, daun kesum, pucuk ketereh, daun kemudu, daun serai, dan ulam raja serba sedikit.
2. Batang serai
3. Sebiji buah mangga muda.
4. Bawang merah.
5. Bawang putih.
6. Bawang besar.
7. Lada besar hijau (atau cili merah).
8. Limau nipis.
7. Ikan panggang tawar .
8. Kelapa goreng.
9. Gula
10. Garam
11. Sos bilis ;)

Cara-cara:

1. Sediakan beberapa jenis daun kayu seperti daun kesum, pucuk ketereh, daun kemudu, daun serai, dan ulam raja serba sedikit.
2.-3. Potong atau mayang daun-daun kayu ini dengan halus -halus
4. Potong atau mayang halus buah mangga muda.
5. Potong lada besar, lada merah, bawang besar, batang serai dan masukkan ke dalam daun kayu yang telah dipotong halus tadi.
6. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
Kisar isi ikan pangang tawar dan kelapa goreng tadi dan campurkan dengan cara no. 6. Masukkan sedikit garam dan sedikit gula, sedikit budu untuk rasa lebih umphh serta perahkan air limau nipis dan kemudiannya dimasukkan ke dalam cara no. 5.



5. Kerabu Sare Kelantan

Bahan-bahan:

2 - 3 genggam sare kering - dicelur dan diramas untuk keringkan air
3 ekor ikan selayang - direbus dan asingkan isinya
4 ulas bawang merah - ditumbuk hancur
setengah sudu lada hitam - ditumbuk hancur
Setengah cawan santan pekat
Gula dan garam
3-4 sudu budu
1-2 sudu cuka
Cili padi jika suka

Cara penyediaan:
  1. Tumbuk bawang, isi ikan dan lada hitam
  2. Gaulkan semua bahan-bahan
  3. Untuk rasa pedas tumbuk cili padi dan gaulkan supaya mesra

16 comments:

  1. Suka kerabu.. terutama sekali kerabu mangga.. Puas kalau dapat makan..

    ReplyDelete
  2. Kerabu pucuk paku always my fav... dah tliur pulak dahhhh..

    ReplyDelete
  3. bkena simpan nie..nk buat nanti

    ReplyDelete
  4. uwaaaaaaaaaaaaa kerabu sareeeeeeeeeee terliur la

    ReplyDelete
  5. suka kerabu mangga tu..tapi kalau nak buat, letih je nak buatnya sebab en.suami tak makan...

    ReplyDelete
  6. huwaaaa terliur kerabu pucuk paku sobs sobs...

    ReplyDelete
  7. ms kt kelantan dulu, sy g bazar kt dpn pasar siti khadijah tu. bli kerabu perut... dia punya sedap alahaiiii smpi skrg sy teringat2 cik nor...

    ReplyDelete
  8. kerabu sare tu first time dengar.. saya suka kerabu.. tapi tak suka kerabu yang bnyk cuka..

    ReplyDelete
  9. Paling fav kerabu mangga & kerabu perut....sedapnyooooo

    ReplyDelete
  10. semuanya sedap.Tekak pun rasa pahit ni sepanjang berpuasa.Nak lah juga makan benda masam masam serta pedas. Thank u ciknor! Esok nak cari bahan bahan kerabu.. huhu. Tatau ade ke tidak mangga tu nanti.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah ya Tuhanku..sedapnya kerabu sare tu..

    ReplyDelete
  12. yang sare tu tak pernah makan.. first time dengar jugak..

    ReplyDelete
  13. aida ada beli bukur resepi khas utk kerabu.
    mr.asben plak tak suka kerabu :)
    tak pernah la buat.
    aida suka! pantang la jumpa kerabu apa2 kat kedai tau.
    wajib amik.

    ReplyDelete