Breaking News

Resepi Solok Lada Kelantan


Sumber gambar pakcik google

 Solok Lada Kelantan

Bahan-bahan diperlukan:

  • 7-8 ekor ikan termenung/kembung/ikan yang sesuai untuk dibuat solok (direbus dan ambil isinya)
  • 10 biji lada hijau (lada kampung lebih sesuai. Kalau lada siam kulit dia tebal sikit)..belah dibahagian tengah dan dibuang bijinya.
  • 1/2 biji kelapa mesin putih (ambil kelapa yang muda sedikit)
  • 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit lada hitam
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah sehingga lumat.
  2. Kemudian tumbukkan pula isi ikan rebus dan campurkan dengan bahan tumbuk yag pertama tadi. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan kelapa mesin dalam mangkuk dan gaulkan dengan bahan tumbuk tadi (ikan,bawang, lada hitam & halia)..perisakan dengan garam & gula kemudian gaul rata.
  4. Sumbatkan adunan tadi dalam cili hijau, padat-padatkan dan bentukkan leper diluarnya.
  5. Ulangi proses sehingga siap semuanya,seterusnya, tuangkan santan pekat dalam periuk & susun solok dalam periuk..masak selama 10 minit. Kalau nak kukus pun boleh. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
  6. Boleh dihidangkan dengan nasi kerabu ataupun nasi putih.

5 comments: