AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG
Assalamualaikum..
Pada era yang moden ini, masa merupakan
sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia
yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai
diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah
rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai
faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk
akibat pencemaran.
Keyakinan diri adalah kunci utama bagi
golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan
bertenaga. Oleh sebab itu, golongan
wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun
kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia
dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan
tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut
wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk
ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini
memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut
yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk
memberikan rambut yang sihat dan bersinar.
SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang
mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal.
Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan
dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan
Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan
kegatalan kulit kepala dengan cara
mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan
rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut
lebih lembap dan bersinar.
Micro
Bamboo Charcoal
membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut
berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan
kotoran, Micro Bamboo Charcoal
menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau
rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung
kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.
SAFI SHAYLA kini mengeluarkan
rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan
baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman
yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48
jam.
Pakar dalam penjagaan diri,
SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana
sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan
rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu
golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar
impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun.
Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu
yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut syampu
Mist 2 dalam 1 Rambut &
HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan
kulit kepala yang sihat.
Mist 2 dalam 1 Rambut &
HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat
kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan
khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut
ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab sangat sesuai dalam
kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia
dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan
rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan
membuatkan rambut lebih ringan.
Hasil gabungan ramuan syampu
dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan.
SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam
Menawan.
Minyak rambut SAFI SHAYLA
pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan
rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.
Setiap variasi produk yang
dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama
lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat
memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan
mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.
Rangkaian produk SAFI SHAYLA
boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
1.
Syampu
– 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
a) SAFI SHAYLA Syampu Segar
& Bermaya – Mengandungi Nano Lipid
Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran
minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan
lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.
b) SAFI SHAYLA Syampu Licin
Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan,
melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan
rambut anda lebih
mudah
untuk djaga/dimanja.
c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
– Mengandungi Micro ZPT Complex dimana
ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan
basuhan yang pertama.
d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan
Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat
mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
e) SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan–
Juga mengandungi
Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci
kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.
f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol–
Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau
di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa
sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.
g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak–
Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut
berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan
minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran
dan menyegarkan kulit kepala.
h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut
Rosak – Mengandungi amino complex
yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut
sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.
2.
Syampu
pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a)
SAFI
SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b)
SAFI
SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)
SAFI
SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)
SAFI
SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)
SAFI
SHAYLA Syampu Licin Terurus
3.
Syampu
pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a)
SAFI
SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b)
SAFI
SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)
SAFI
SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)
SAFI
SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)
SAFI
SHAYLA Syampu Licin Terurus
4.
SAFI
SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)
Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.
5.
SAFI
SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)
Juga
terdapat dalam dua variasi
Formulasi
SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:
a) Minyak
organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk
rambut yang mengandungi anti-bakteria.
b) Minyak
Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat
membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang
lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan
keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
c)
Minyak
Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
d) Minyak
Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E
mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.
6.
SAFI
SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)
SAFI SHAYLA
Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun
asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-
a) SAFI
SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.
b) SAFI
SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan
rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
c) SAFI
SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol dimana ia
berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala
yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas,
minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan
secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung
rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian
produk syampu SAFI SHAYLA.
Rangkaian penjagaan rambut
SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang
baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi
semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain
papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA
mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan
kesan haruman sepanjang hari.
Rangkaian produk SAFI SHAYLA
adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA
boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam
talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman
sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di
SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia
sy mmg pakai..yg kaler hijau ;-)
ReplyDeleteWangi ya amat ...
ReplyDeleteWaaa safo shayla fav syampu nie =)
ReplyDeleteSafi shayla
DeleteSafi shayla
DeleteSafi shayla
DeleteWaaa safo shayla fav syampu nie =)
ReplyDeleteCantik packaging baru ni.. 😍😍
ReplyDeletelawa packaging baru..
ReplyDeletewow safi shayla..kak ce komen semula entry rabia..sbb rabia tukar template baru ni.
ReplyDeletewahhh safi shayla
ReplyDeleteSaya pun pakai Safi Shayla :)
ReplyDeletecantikla botol dia..warna warni gitu..nak carila dekat pasarya
ReplyDeleteKak pun pakai syampo safi ni..memang best..kak guna yang kawalan minyak tu..
ReplyDeleteda pernah beli,try tp xsesuai dgn rmbut yaya..huuu
ReplyDelete