Bila Batuk Makin Teruk
Assalamualaikum..
Dalam entry lepas Cik Nor ada cerita pasal sakit tekak dan tekak menjadi kering tak boleh nak menelan air liur. Seksa sangat, balik dari Bukit Kluang terus singgah farmasi beli ubat cair kahak dan ubat tak bagi tekak kering. 3 jenis ubat Cik Nor beli termasuk penadol harganya RM24.00. Adoii..mahalnya harga ubat kat farmasi sekarang.
2 3 hari juga telan ubat tu, ingat makin baik tapi makin teruk. Batuknya sampai sesak dada dibuatnya. Malam-malam tidur pun terganggu. Mula-mula nak tidur tu dah batuk, bila tengah malam tersedar sendiri kerana tekak rasa macam gatal-gatal. Bila dah tersedar tu memang tak boleh tidur sampai ke pagi la. Batuk tu akan berterusan sampai tak boleh stop. Sakit dada jangan cakap la hanya Allah yang tahu,
Nak tak nak terpaksa juga la mengalah menyerah diri ke klinik 1Malaysia yang terdekat. Lepas magrib terus pergi, ingat orang tak ramai lagi tapi dah penuh rupanya. Hampir waktu isyak nama Cik Nor dipanggil. Alhamdulillah..malam tu dapat jumpa doktor wanita. Baik dan lemah lembut orangnya. Macam-macam dia tanya dalam konsultansi tu. Baik sungguh doktor ni, Cik Nor yang tak deman ni dia siap bagi panadol 2 papan. Orang dah bagi tak kan nak tolak kot.hehe
Selain penadol Cik Nor dapat ubat batuk, antibiotik dan ubat alahan. Doktor kata Cik Nor jadi batuk macam ni sebab alahan. Alahan apa pun Cik Nor tak tahu. Telan jer la ubat tu sampai habis. Semoga hilang batuk Cik Nor ni. Bila dah makan 3 jenis ubat tu, automatik mata menjadi layu. Kerja-kerja kat blog pun kadang-kadang ada yang terbengkalai. Kalau kerja tu betul-betul urgent atau memang ada dateline memang skip la semua ubat tu supaya tak mengantuk nak buat kerja.
Sehingga ke saat entry ni ditulis batuk Cik Nor masih belum berlalu pergi. Tapi batuk yang tinggal ni tak adalah seteruk sebelum pergi klinik. Batuk ni terjadi bila terasa geli-geli macam ada something kat tekak. Kalau tak ada rasa tu memang diam jer la Cik Nor. Rasanya faktor cuaca sekarang banyak mempengaruhi kesihatan kita semua.
Korang ada yang tak sihat ke? Kalau ada yang tak sihat cepat-cepat la pergi klinik check takut makin melarat.
memang sekarang cuaca yang tak tentu senang demam, batuk selsesa...cuba minum lemon panas dengan honey selalu, kot2 boleh melegakan tekak yang gatal tu
ReplyDeletecuaca sekarang tak menentu kak..semoga cepat sembuh ya
ReplyDeleteSemoga cepat sihat ye CikNor :)
ReplyDeletejaga kesihatan tu cik nor.
ReplyDeletesaya pun pernah batuk teruk smpai 2 minggu jugaklah, sakit sangat huhu
ReplyDeleteCik Nor try buat jus nenas jgn campur gula,blend nenas saja,macam blended tu,pastu minum,kalau boleh ngan pulur tgh tu sekali,sepupu doktor kata mujarab tu batuk.
ReplyDeletecepat baik cik nor
ReplyDeleteJaga kesihatan diri ye ciknor dan semoga cepat sembuh
ReplyDeletesemoga ciknor cepat sembuh
ReplyDeletecik nor! kita senasib, dekat dua minggu doh batuk kering huwaaa
ReplyDeletesknrg da baik ka tu cik nor?
ReplyDeleteDah ok ke kesihatan cik nor.. Memang perit bila sakit tekak dan kering pernah kena gak dulu2
ReplyDelete