CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

Citrawarna Speed Festival 2026 secara rasminya bermula pada hari ini, menampilkan kelainan dengan menggabungkan kekayaan seni budaya Malaysia bersama kemeriahan sukan permotoran. Berlangsung selama 12 hari bermula 23 September hingga 4 Oktober 2026, festival ini berpusat di tiga lokasi utama iaitu IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama KLIA.
Menyusuli kejayaan Citrawarna 2026 di Dataran Merdeka Julai lalu, edisi kali ini mempersembahkan ekspresi baharu Citrawarna yang lebih dinamik dan interaktif. Penganjuranini dijayakan dengan sokongan padu dari pelbagai rakan strategik, termasuk AMD, ASUS, Hotel Sama-Sama, HP, Intel, IOI City Mall, IOI Properties, Istana Budaya, JabatanKebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kraftangan Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Memento Exclusives, MSI, SDeal Malaysia Sim Racing & Motorsport HP, SNS Network, TVS 122, TVS Inspire serta Yes Travel & Holidays Sdn. Bhd.

Festival di IOI City Mall Putrajaya disusun atur merentasi empat zon utama.
- Zon A (Colours of Speed - Lower Ground, East Court):
Ruang interaktif yang membawa debaran sukan permotoran menerusi Pertandingan
Simulator yang menawarkan peluang kepada pelawat untuk menguji kemahiran dan
memenangi hadiah menarik.
- Zon B (Reruai Info - GFEC): Pusat
sehenti maklumat pelancongan serta budaya di reruai Tourism Malaysia, Tourism
Selangor, dan Majlis Perbandaran Sepang.
- Zon C (Colours of Art & Culture -
Symphony East): Menampilkan 14 stesen interaktif yang memaparkan seni,
kraf tradisional, dan persembahan kebudayaan secara langsung.
- Zon D (Colours of Parade - Premiere B): Melengkapkan suasana dengan persembahan budaya dan elemen realiti maya (VR) serta sesi ramah mesra bersama maskot Wira dan Manja.
Bagi menyambut ketibaan pelawat di Terminal 1 KLIA dan Hotel Sama-Sama KLIA, kemeriahan festival turut dibawa terus ke pintu masuk antarabangsa negara. Pengunjung dan tetamu disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan, pameran automotif, permainan tradisional seperti gasing dan congkak, serta sesi simulator perlumbaan. Lebih unik, tetamu Hotel Sama-Sama turut menerima kad kunci bilik edisi khas Citrawarna Speed Festival.
Tarikan kemuncak festival, Colours of Parade,
akan berlangsung di IOI City Mall Putrajaya pada 3 Oktober 2026, 8.30 malam.
Colours of Parade bakal menghimpunkan 1,500 penari dan penghibur kebudayaan di
sepanjang laluan tersebut. Melalui muzik tradisional, tarian, kostum yang meriah
dan penonjolan budaya, perarakan ini akan mempamerkan kepelbagaian dan
perpaduan komuniti Malaysia dalam sambutan warisan negara yang menakjubkan.
Kemeriahan ini bakal diteruskan pada 4 Oktober 2026 sebagai acara penutup dengan Aktivasi
Lamborghini, yang bakal menghimpunkan kira-kira 100
buah kereta berkuasa tinggi tersebut.

Menerusi penganjuran acara berskala mega di pusat beli-belah, pintu masuk antarabangsa negara dan hotel, Citrawarna Speed Festival 2026 membuka dimensi baharu dalam usaha mempromosikan Malaysia bersempena dengan Kempen Melawat Malaysia 2026-2027. Pendekatan dinamik ini bukan sahaja menawarkan pengalaman kebudayaan yang lebih segar kepada pelawat, malah berupaya memacu pertumbuhan rantaian ekonomi tempatan—khususnya dengan merancakkan lagi sektor pelancongan, peruncitan, perhotelan, dan industri kreatif secara serentak.
Orang ramai dijemput untuk menikmati sendiri Citrawarna Speed Festival 2026 bermula 23 September hingga 4 Oktober 2026 di IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 KLIA dan Hotel Sama-Sama KLIA. Jadual program penuh, butiran Pertandingan Simulator dan kemaskini festival boleh didapati melalui saluran media sosial rasmi Citrawarna Speed Festival 2026 di Facebook: facebook.com/CitrawarnaMalaysia/ atau Instagram: instagram.com/citrawarna.my/.

No comments