Breaking News

Kulit Muka Kekal Berseri Dengan Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced


Assalamualaikum..

Mesti ada yang tak sabar menanti buah tangan terbaru dari Cosmoderm kan? Hah..ini dia produknya Cosmoderm Skin Lab  Perfect Balanced yang dilancarkan secara dalam talian pada 27 Januari 2021 dengan jayanya dan meriah sekali. Cosmoderm bukan sahaja melancarkan produk baru mereka tetapi Cosmoderm juga melancarkan wajah baru mereka kepada warna pink. Mesti ramai yang teruja bila tengaok warna pink ni kan?  Pasti korang tak sabarkan nak tegok apa yang terkandung dalam kotak pink Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced ni kan?

Iyerlah kan, nak kekal berseri dan menawan sepanjang masa mesti cari produk yang terbaik. Walauapun hanya duduk dirumah kerana PKP 2.0 ni, kulist muka mesti lah kena jaga selalu supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya. Kalau sebelum PKP ni boleh juga manjakan muka di spa kecantikan tapi kini terpaksa lakukan sendiri dirumah. Tak susah pun sebenarnya dengan Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced. Kenapa Cik Nor kata begitu? Jom kenal dengan lebih dekat lagi Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced.

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

Cosmoderm Perfect Balanced di formulasi dengan kandungan kombinasi Prebiotics dan Calamine. Kalau sebelum ni korang dengan Prebiotics hanya untuk menjaga sistem usus kita tapi kali ini ia di gunakan untuk merawat kulit wajah kita dari luaran pula. Formulasi Prebiotics yang terkandung dalam set ini dapat mengimbangi struktur kulit kita dalam penjagaan kulit muka setiap hari.

Calamine pula biasa kita dengar baik untuk merawat masalah kegatalan pada kulit badan. Tak sangka pula antiseptik yang mengandungi zink oksida dan ferik oksida dapat mengecutkan rengsaan pada kulit muka yang selalu terdedah kepada cahaya matahari. Kombinasi terbaik Prebiotics dan Calamine dalam skincare terbaru dari Cosmoderm melahirkan Skin Lab Balanced yang dapat mengseimbangkan keadaan kulit wajah supaya sihat dan menawan dari dalam.

Hanya 4 Langkah Mudah Dengan Cosmodem Skin Lab Perfect Balanced

1. Foaming Cleanser

2. Toning Lotion

4. Soothing Wow Cream

4. SunMilk SPF 25 PA++

1. Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser

Seperti biasa rutin penjagaan muka mesti bermula dengan mencuci muka atau membersihkan kulit wajah dengan sempurna sebelum step penjagaan muka seterusnya dilakukan. Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser sangat bagus digunakan 2 kali sehari  iaitu di waktu pagi dan malam untuk membersih secara "deep cleansing" bagi menghilangkan kotoran yang terdapat pada kulit muka kita seperti minyak dan kesan dari alat solek yang kita selalu gunakan. Secara tidak langsung ia dapat mengseimbangkan kombinasi kulit untuk mengurangkan dan merawat jerawat di muka kita. Bila kulit muka bersih dan sihat, kita dapat mengelakkan dari terkena iritasi kulit pada muka kita.

2. Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion

Selepas mencuci muka mesti kita menyapu penyegar pada wajah kita. Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion menjadi pilihan Cik Nor kerana ia dapat menseimbangkan kelembapan PH kulit wajah setiap hari. Ini kerana dengan pemakaian toner yang betul dan meresap sepenuhnya ke dalam kulit muka dapat membuang sel-sel kulit mati dan membantu menghidrat kulit muka kita supaya sentiasa lembab sepanjang hari. 

3. Cosmoderm Perfect Balanced Soothing Wow Cream

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka kering seperti Cik Nor, Cosmoderm Perfect Balanced Soothing Wow amat sesuai digunakan. Ini kerana ia mampu merawat dan memberi keselesaan pada kulit muka kita.  Ia juga dapat melegakan, melembapkan dan mengurangkan keradangan pada kulit muka kita, Penggunaan yang teratur mampu membuatkan kulit muka kita sentiasa kekal berseri dan menawan.

4. Cosmoderm Perfect Sun Milk SPF 25 PA ++

Bagi mereka yang selalu terdedah kepada cahaya matahari SPF mesti menjadi pilihan utama mereka untuk melindungi kulit muka mereka supaya sentiasa lembap. Oleh yang demikian Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25 PA++ adalah pilhan yang tepat. Losyen yang bertekstur krim susu ini mudah menyerap ke dalam liang kulit wajah dan bertindak menghalang sinaran UVA dan UVA serta melindungi kulit wajah dari iritasi seperti kemerahan. Ia juga dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat dan jeragat disamping mencerahkan kulit wajah kita dari terbakar dek sinaran matahari yang terik.

Teruja tak nak cuba tak Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced ini. Banyak kelebihan bila korang menggunakan set ini. Penjagaan muka macam di spa tapi boleh lakukan sendiri dirumah yang dapat menjimat duit poket korang,  Hanya dengan 4 langkah mudah kulit muka korang akan sentiasa kekal berseri dan menawan sepanjang hari. Set Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced dapat membantu mereka mengatasi masalah  berkulit muka sensitif serta mengalami kerandangan dan iritasi kulit. Berminat nak cuba? Korang boleh dapatnya Watsons berhampiran korang atau beli secara dalam talian di SHOPEE. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari : https://www.cosmoderm.com.my/

5 comments:

  1. wahhh menariknya ingredient skincare ni, nak kena cuba juga ni!

    ReplyDelete
  2. leps ni kekal berseri2 lah wajah cik nor hihi
    btw sha dah tukar domain nnt free minta tlg cik nor add/edit blog sha tau..www.opzzpinky.my ke www.opzzpinky.com, terima kasih..muahh hihi

    ReplyDelete
  3. Wahh packaging cosmoderm berwarna pink. Ini yang buat rasa nak membeli ni.

    ReplyDelete
  4. makin comel la cik nor pakai produk terbaru cosmoderm ni..

    ReplyDelete