Breaking News

Drama Hadiah Dari Tuhan - Episod 5

Atas nasihat dan pujukkan Jannah, Fatin yang benci dan marah kepada abangnya kini telah mampu untuk bercakap dengan Qul secara “video call” situasi ini mengharukan Jannah yang berjaya mengeratkan kembali hubungan dua adik beradik yatim piatu. Jannah mula menganggap Fatin bagaikan anaknya sendiri sendiri sehingga membahasakan dirinya sebagai “ibu”. Ika mula sedar yang kedatangan Bella seperti dia melarikan diri, Ika cuba menyelami hati dan perasaan Bella. Bella akhirnya mengaku yang dia keluar rumah tanpa diketahui sesiapa. Bella terus berasa kecewa bila Khatty ibunya sampai kini masih belum sedar Bella tiada dirumah kerana asyik membantu orang lain sedangkan anak sendiri terabai. Hubungan keroh diantara Rossa dan Doktor Zabidi kini semakin jernih, semuanya gara-gara Adli yang seolah-olah berjaya menyatukan kembali kasih sayang diantara kedua ibu dan ayahnya. Atuk dan Nenek Bella terus masuk campur urusan anak menantu, dia tak habis-habis membuatkan Rossa tertekan. Tetapi Rossa tidak sedar sikap ibu dan ayah mertuanya yang sebenarnya cuba mengubah sikap Khatty untuk menjadi isteri dan surirumah yang bertanggungjawab terhadap suami dan bukan hanya fokus kepada kerja semata-mata.Walaupun atuk dan nenek Bella bersikap menjengkelkan, tetapi mereka tetap mengambil berat akan kehilangan Bella. Barulah Khatty sedar yang Bella tiada dirumah beberapa hari. Ika cuba memujuk Bella untuk kembali ke pangkuan keluarga, tetapi niat Ika disalah ertikan oleh Bella yang dianggap seperti mengusirnya. Qul yang tinggal sendirian dirumah, mula dihantui dengan bunyi-bunyi yang menakutkan datangnya dari atas rumahnya yang selama ini diketahui tidak berpenghuni. Qul cuba menyiasat tetapi tidak menemui jawapan. Zakiah seorang yang berotak “business” terus bijak mencari peluang perniagaan, pelbagai barangan yang viral dan menjadi rebutan dia cuba jual sehingga dia mendapat keuntungan yang besar. Suaminya yang terkesan kerana kedai gunting rambutnya tidak boleh beroperasi terkejut dengan kebijaksanaan isterinya mencari duit sedangkan orang lain merunggut kehilangan sumber pendapatan. Khatty cuba pelbagai usaha untuk membuktikan dirinya sebagai isteri yang berguna, memasak, menguruskan rumah tangga semua dia telah buat tetapi masih tidak memuaskan hati mertuanya. Suatu malam Qul mendapat panggilan dari hospital yang membuatkan hatinya sangat sedih dimana neneknya meninggal dunia akibat covid19.

Pelakon : Riena Diana, Syafi Tee DFKL, Sophia Barakbah, Izreen Azminda, Amy Mastura, Dynaz Mokhtar, Zefrul Nordin, Mak Engku, Puteri Rafasya, Fezrul Khan

 

1 comment:

  1. sedih jugak cerita ni..tapi ada jugok adegan melucukan!!tapi best lah sebab ditunjuk dari pelbagai perspektif masa covid..huhu

    ReplyDelete